Ada Melayu yang tipu Melayu dan tidak
memberikan hak kepada bangsanya sendiri, ada Cina yang rompak harta
rakyat Malaysia dan orang Cina juga dan ada juga India yang curi duit
hasil terkumpul orang India selama ini. Tetapi bukan semuanya begitu. Ada ramai juga Melayu, Cina dan India yang terdiri daripada golongan yang baik-baik. Bezanya di sini adalah integriti. Semak Berita Selanjutnya
PENAFIAN Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.
Tuesday, May 29, 2012
Saturday, May 26, 2012
Hanya 22,270 Orang Datang Ke Perhimpunan Bersih 3.0. Bukannya 250,000++ Seperti Dicanang Oleh Anwar Ibrahim!!
by Staff Berita Semasa on May 23, 2012
Selepas hampir sebulan berlangsungnya Perhimpunan Bersih 2012
pada 28 April 2012 yang lalu, akhirnya selepas bertungkus-lumus
pihak Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) menggunakan apa ayang
dinamakan sebagai sistem blok fotografi, mereka berjaya mendapatkan
angka yang pihak Bernama dan kerajaan merasakan ia adalah angka yang
lebih tepat berbanding angka yang telah dicanangkan oleh Ketua
pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalu ucapannya di
seluruh dunia.
- Anggaran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melalui laporan Bernama – Hanya 22,270 orang sahaja
- Anggaran Datuk Seri Anwar Ibrahim - 250,000 ++ orang
Sistem Bernama Mengira Jumlah Kehadiran Peserta Perhimpunan Bersih 3.0
- Berdasarkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini oleh pihak Bernama yang menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran 22,000 peserta pada perhimpunan 28 April lalu.
- Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto Bernama yang berada di dalam helikopter polis.
- Gambar-gambar peserta diambil sebelum mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka.
- Kemudian gambar-gambar itu diperbesar sebesar saiz skrin komputer, iaitu tujuh inci kali tujuh inci, sehingga bilangan orang boleh dikira
- Gambar-gambar itu diambil dari tujuh lokasi iaitu Jalan Tun Perak, simpang Jalan Tun Perak/Jalan Silang; simpang Jalan Sultan/Jalan Jebat; kawasan Pasar Seni; Jalan Pasar Besar; Jalan Kinabalu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
(Sumber : Utusan Malaysia)
Ini pula antara laporan berita yang
dikeluarkan oleh pihak BBC semasa berlangsung Perhimpunan Bersih 3.0
yang lalu berdasarkan semakan yang telah kami lakukan merujuk kepada
kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang mengatakan jumlah perkiraan Bernama
hampir sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh pihak BBC :
(Sumber : BBC World News)
Inilah dia, kaedah sistem blok fotografi
yang digunapakai oleh pihak BERNAMA hasil dari gambar yang mereka ambil
menerusi helikopter. Di bawah ini adalah adalah satu contoh blok
fotografi yang dirakam di sekitar Jalan Silang jam 11.53 pagi pada 28
April 2012 yang lalu.
Mungkin selepas ini pihak Bernama boleh
membuat perkiraan untuk Perhimpunan Raksasa Umno 66 tahun baru-baru ini
(1 Mei 2012) pula yang didakwa dihadiri sekitar 100,000 orang, dan juga
Perhimpunan Anjuran Pas pada 1 Jun 2012 kelak?
Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
by Staff Berita Semasa on May 24, 2012
Program debat Rafizi VS Khairy sudah pun menutup tirainya yang membahaskan “isu PTPTN”
berdasarkan hujah dan pendirian masing-masing bagi memperjuangkan nasib
golongan muda hari ini. Pada kami Khairy Jamaluddin yang pastinya
mewakili parti Barisan Nasional mempunyai point dalam berhujah, begitu
juga kepada Rafizi Ramli juga ada point tersendiri bagi menyokong
pendirian beliau dan partinya. Moderator?
Himpunan Jutaan Belia 2012 capai sasaran 2 juta
- Sabtu, 26 Mei 2012 21:23
- NOOR HASILAH ISMAIL
Najib dalam ucapan penuh semangat merasmikan himpunan yang masuk tahun ke tiga itu mengumumkan laporan sejak himpuan itu bermula tiga hari lalu sudah mencapai sasaran dua juta orang hadir.
Selari dengan tema himpunan tahun ini Perdana Menteri memberi jaminan Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini.
Serentak dengan itu beliau menyeru golongan belia agar menolak amalan demonstrasi jalanan kerana ia bukan sebahagian daripada amalan demokrasi dalam negara ini.
Katanya demonstrasi jalanan itu 'demo-crazy bukan demokrasi.
Beliau tidak mahu belia di hijack oleh gerakan seperti Bersih .
Perdana Menteri berkata himpunan hari ini berlangsung aman damai hinggakan polis yang berkawal semuanya relaks saja.
Ini,katanya berbeza dengan suasana semasa demonstrasi jalanan yang berlaku kebelakangan ini.
Katanya, beliau percaya belia Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.
"Kita mesti tahu bagaimana untuk memisahkan antara intan dan kaca dalam membuat keputusan yang boleh menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini.
Kebanyakan menteri kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek selaku penganjur hadir sama di atas pentas perasmian.Turut sama Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Masor.
Perdana Menteri juga mengulangi harapannya agar golongan belia terus memperthankan Putrajaya.
Beliau berkata selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12 kali.
Najib yang baru pulang dari luar negara petang Jumaat,telah merasmikan berbagai acara di himpunan itu sejak jam 3.30 petang sebelum menyempurnakan acara perasmian berkenaan.
Ribuan belia dan orangramai bersesak sekitar pentas utama semasa acara berkenaan.- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL - 26/5/2012
sumber:http://www.agendadaily.com/
Apa dah jadi ?...Ini baru 'Himpunan Jutaan Belia'
- Sabtu, 26 Mei 2012 22:41
- HELME HANAFI
Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.
Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.
Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.
Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.
Sebab apa... mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.
Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.
Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati yang ada hanya petugas sahaja.
Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.
Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.
Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.
Dalam erti kata lain, rugi besar.
Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.
Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.
Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.
Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada empat kaunter pendaftaran mengikut kategori iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.
Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.
Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.
Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.
Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu.
Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.
Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.
Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.
Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.
Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.
Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.
Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'RAKYAT' sentiasa menyokong mereka.
Kalau bandingkan antara ehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka.- OLEH HELME HANAFI - 26/5/2012
SUMBER: http://www.agendadaily.com/
Tuesday, May 8, 2012
Monday, May 7, 2012
Anwar rancang ambil alih Dataran'
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong berniat mengambil alih (occupy) Dataran Merdeka daripada 14 hingga 28 April ekoran isu pinjaman pelajaran mahasiwa.
Bagaimanapun, tambah Hishammuddin, kurangnya sokongan daripada orang ramai menyebabkan rancangan itu tidak diteruskan.
"Pihak polis tidak mengganggu (pelajar memenuhi dataran), hanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Oleh itu, tindakan itu gagal menyemarakkan sentimen awam," Hishammuddin dipetik sebagai berkata dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut bukti untuk menyokong dakwaan tentang 'rancangan' Anwar itu.
Bagaimanapun, tambah Hishammuddin, kurangnya sokongan daripada orang ramai menyebabkan rancangan itu tidak diteruskan.
"Pihak polis tidak mengganggu (pelajar memenuhi dataran), hanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Oleh itu, tindakan itu gagal menyemarakkan sentimen awam," Hishammuddin dipetik sebagai berkata dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.
Bagaimanapun, beliau tidak menyebut bukti untuk menyokong dakwaan tentang 'rancangan' Anwar itu.
SUMBER: MALAYSIAKINI
Waspada komplot pembangkang
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
ALOR SETAR 7 Mei - Rakyat perlu hati-hati dengan komplot pemimpin pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan kerana ia hanya memperjudikan masa depan rakyat termasuk menyebabkan Malaysia kembali dijajah oleh negara asing.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin pembangkang yang mendalangi demonstrasi itu mempunyai hubungan baik dengan negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan sudah lama dijadikan alat untuk menghancurkan negara ini.
"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara itu.
"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula," katanya ketika berucap pada Majlis Wacana Bersama Tokoh Negarawan di Anak Bukit, di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir lagi, kerjasama Anwar dan pihak asing sudah tidak dapat dipisahkan dan ia hanya menjerumuskan negara ini ke kancah penjajahan semula jika pembangkang berkuasa.
"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit.
"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," katanya.
Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Dr. Mahathir berkata, pembangkang melakukan rusuhan jalanan dalam perhimpunan Bersih 3.0 kerana kurang berkeyakinan bahawa mereka akan menang menerusi proses demokrasi.
"Sudah banyak kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak.
"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," katanya.
Menyentuh tentang usaha pembangkang dan perusuh Bersih 3.0 cuba menjatuhkan imej pihak berkuasa, kata beliau, ia merupakan langkah terdesak pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mereka mengadakan rusuhan dan merosakkan keamanan negara.
"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri," katanya.
WAN AZIZAH BALAS DENDAM KEPADA AZMIN ALI!!!
Author: CUCU TOK WAN
| Posted at: 11:30 AM |
Filed Under:
azmin ali
|
Akhirnya Wan Azizah bersuara juga. Mungkin untuk mengajar dan mungkin kerana dia sendiri adalah seorang ibu yang dapat memahami bagaimana peritnya apabila anak yang dibelai dari kecil, akhirnya menjadi Si Tanggang yang tidak mengenang budi, Wan Azizah menuturkan saranan sebagai seorang ibu.
Wan Azizah telah menasihatkan Timbalannya untuk berjumpa dan memohon ampun kepada ibu tuanya. Sedangkan beberapa orang pemimoin DAP pula memberikan 'nasihat' agar Azmin tidak mengendahkan nasihat itu dengan menggambarkan sebagai SATU KEKEJIAN BUAT UMNO KERANA MENGGUNAKAN IBU TUA UNTUK MENJATUHKAN AZMIN ALI.
Perhatikan bagaimana DAP bertindak sebagai syaitan yang memisahkan hubungan ibu dan anak, saudara dengan saudara dan ummah dengan ummah. Maka secara tidak langsung termakbullah doa Nik Aziz untuk bekerjasama dengan SYAITAN semata-mata untuk menentang UMNO dalam sistem pilihanraya yang telah diperkenalkan oleh SYAITAN NYATA iaitu Zionis!
sumber: http://theflyingkick.blogspot.com
KE MANA HALA PAS SELEPAS SKANDAL SEKS JAMBAN DAN ANAK DERHAKA AZMIN ALI?
Author: CUCU TOK WAN
| Posted at: 3:30 PM |
Filed Under:
PAS
|
Sebagai salah seorang yang pernah bersama-sama mengheret tikar jerami dan mengatur dari sebuah masjid ke sebuah surau, penulis sebenarnya amat mudah tersentuh apabila membicarakan tentang PAS yang pada penulis masih lagi merupakan sebuah jamaah yang cuba dan bercita-cita untuk mewujudkan sebuah Negara Islam ideal.
Dari mula memperjuangkan Negara Islam, akhirnya PAS bertukar kepada Negara Kebajikan dengan alasan Islam itu adalah Kebajikan dan Kebajikan itu merupakan sebahagian dari Islam.
Ia seolah-olah mengatakan Islam dan agama lain juga adalah sama kerana semua agama mengajar kebaikan dan moral kepada penganutnya.
Pasca PRU12 menyaksikan bagaimana PAS yang sepatutnya memainkan dan berada dalam kedudukan yang berkuasa, bertukar menjadi pengikut PKR dan DAP yang sangat setia dan tidak pernah tahu bagaimana hendak membantah. PAS kehilangan arah walaupun dari semasa ke semasa, PAS dan kepimpinannya cuba menyatakan bahawa mereka hanya menguruskan persefahaman dan semangat Pakatan Rakyat.
Dalam banyak hal, PAS tidak langsung seperti yang dikatakan oleh pemimpinnya tetapi PAS dan ahli-ahlinya untuk ditunggang dalam semua acara yang dicetuskan oleh PKR dan DAP.
Perhatikan sahaja bagaimana PAS menguruskan kes Azmin Ali. Dalam hal ini, sepatutnya PAS dan mursyidulnya lebih elok menutup mulut dan tidak memberikan sebarang komen. Masalah yang melibatkan Azmin Ali sebenarnya adalah masalah keluarga dan peribadi serta tidak ada kena-mengena dengan parti dan perjuangan.
Sememangnya parti lawan akan menggunakan kesempatan itu untuk 'mengenakan' Azmin Ali, tetapi sebagai sebuah parti dan jamaah yang menjadikan Islam sebagai bahan berpolitik, sepatutnya mereka yang terlebih Islam dan mempamerkan yang perjuangan mereka memang Islam. PAS sepatutnya lebih baik dan bertindak sebagai 'orang tua Islam' yang memberikan pendapat yang menenangkan dan mendamaikan, bukannya sebagai syaitan yang menyibuk nak masuk campur semua benda asalkan ada keuntungan dan kawan masuk neraka.
Timbul pertanyaan, bagaimana PAS akan mengajar para pengikutnya tentang nilai-nilai sebenar hubungan anak dan ibu apabila membela Azmin Ali dan kelihatan seperti hendak menyalahkan Che Tom Yahya? Bagaimana PAS hendak memberitahu ahli-ahlinya tentang dosa besar ZINA apabila belum apa-apa lagi sudah membela Azmin Ali dengan dakyah dan doktrin menyalahkan UMNO?
Ke mana hala PAS sebenarnya? Adakah PAS akan terus menjadi budak-budak yang akan membacakan jampi alif, ba, ta kerana takut hantu? Atau PAS akan benar-benar menjadi pejuang sebuah kehidupan yang syumul?
Rasa-rasanya dalam keadaan sekarang, PAS akan terus hilang arah dan panduan serta tenggelam dalam angan-angan dan fantasi yang tidak berkesudahan....
sumber: http://theflyingkick.blogspot.com/