Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberi amaran kepada media untuk tidak sesekali mempermainkan isu kepentingan rakyat khasnya isu tanah yang dilabel sebagai taktik untuk mensabotaj kestabilan ekonomi dan politik negeri ini.
Menyelar laporan oleh akhbar dari luar (negeri ini) yang menggembar-gemburkan isu pengusiran penduduk kampung di Bekenu, Taib bertegas mahu ahkbar berkenaan memperbetulkan fakta mereka.
" Mereka (akhbar) kata kita usir 10,000 orang di Bekenu. Saya telah periksa di Land and Survey (Jabatan Tanah Dan Survei), mana ada sampai 10,000 orang !. Perbetulkan fakta. Pertama, bohong !. Kedua, tidak ada kubur yang di kacau. Malah tidak ada kubur langsung ! "
Beliau menghargai peranan dan laporan akhbar tetapi maklumat yang disampaikan perlulah berasas, mempunyai fakta kukuh dan tidak mensabotaj kepentingan rakyat dan ekonomi.
( Sumber Utusan Borneo 8/10/2008)
( Renungan: Kerajaan BN tidaklah sewenang-wenangnya mengusir penduduk secara besar-besar tanpa pelan-pelan disediakan seperti projek penempatan semula, pampasan yang berpatutan, notis perpindahan dan lain-lain yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak.)
ok-lak
ReplyDeleteSaya berharap pihak tertentu jangan mempermainkan isu tanah lagi kerana wakil rakyat BN kita telah berusaha untuk menyelesaikannya.
ReplyDelete