Monday, February 2, 2009

Call 1 800 888 666





Pernahkah anda menghubungi nombor 1 800 888 666 ?
Ya, ini adalah nombor dimana anda boleh membuat aduan tentang kerosakan Jalan Raya kita, ok.
Pada hari ini saya telah membuat satu pangillan jam 4.45 petang kepada nombor ini dan dijawab oleh suara yang manis dan lantang bercakap.
Cik/Puan ini ( saya terlupa bertanya siapakah nama Cik/Puan ni ).
Saya amat kagum dalam masa '3 ringing tone' dia sudah angkat talipon dan jawap dengan suara yang lemah dan lembut dia menjawab pangillan saya.
Hati yang yang marah mula reda ' cool down'.
Dia memberi salam dan memperkenalkan Jabatan mereka.
Dia tanya saya, Encik , apakah aduan Encik ?.
Saya menjawab dia bahawa Jalan Tulai/Paradom lebih kurang 300 meter dari simpang Lampu Isyarat ada banyak lubang dan memberbahaya kepada kenderaan dan orang ramai.
Selepas mendengar aduan saya , Cik/Puan pun ambil keterangan dari saya, seperti Nama & HP saya. ( Macam hendak berkenalan ini)
Cik/Puan ni berkata mereka akan membaiki jalan dalam masa terdekat dan akan 'call' saya apabila kerja-kerja membaiki ini dijalankan.

( Komen: Melaporkan kerosakan harta benda awam adalah tanggunggjawab kita bersama. Tujuan saya membuat pangillan adalah untuk memastikan Nombor itu benar-benar ujud dan aduan orang ramai diterima dan tindakan juga diambil.
Bagiamanpun saya akan tunggu 'call' dari Pegawai CMS bilakah mereka akan membaiki Jalan berlubang itu.
Untuk makluman , kain rentang yang berslogan 'Hati-Hati Jalan Berlubang" itu digantung oleh parti pembangkang.)

No comments:

Post a Comment