limaudong

PENAFIAN Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.

Tuesday, October 20, 2009

Masuk UMNO..fikir 100 kali

Masuk UMNO..fikir 100 kali

"Saya sendiri kena fikir bukan setakat pisang berbuah dua kali, tapi lima kali atau 100 kali," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali seandainya beliau membuat keputusan masuk semua ke dalam UMNO.

Menurut Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu, setakat ini beliau belum memikirkan soal itu.

“Saya belum memohon. Saya kata tidak tolak kemungkinan. Tetapi tidak dalam masa terdekat,” katanya menerusi kiriman SMS kepada Agendadally, pada Isnin.

Beliau menjawab gesaan Setiausaha Pemuda UMNO Kelantan, Bazlan Baharuddin yang minta Majlis Tertinggi (MT) parti itu membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan beliau ke dalam UMNO bagi mengelak 'pisang berbuat dua kali.'

Bazlan memberi alasan apa dialami parti sebelum ini cukup menyedarkan apabila Ibrahim sanggup menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 2005.

Menurut Ibrahim lagi, beliau kena fikir perkara itu kerana sebelum ini dia rasa dianiaya setelah digugurkan sebagai Ketua Bahagian tanpa sebab bukan kerana tidak terpilih sebagai calon.

“Saya nak bagitahu Setiausaha Pemuda berkenaan jadilah ahli UMNO yang setia. Tak guna jadi ahli UMNO tapi ada yang mengkhianati calonnya dalam pilihan raya kerana ‘kudanya’ tak jadi calon atau tak dapat projek,” tegasnya.

Beliau turut menasihati, Bazlan kalau hendak jadi pejuang bangsa, beliau boleh membimbing secara percuma sahaja.

Isu masuk UMNO tercetus ekoran Ibrahim kini dikatakan diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Pada pilhan raya umum lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS.

Beberapa pemimpin PAS juga sebelum ini meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana tindakannya itu termasuk mengkritik Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - 19/10/2009

(sumber agendadaily)
LIMAUDONG at 6:55 AM

2 comments:

  1. AnonymousOctober 20, 2009 at 5:35 PM

    Harus fikir sebelum masuk. Pisang memang tak pernah berbuah banyak kali. Tetapi manusia jangan diumpamakan pisang, kerana jangka hayat manusia lebih lama dari pisang. Ikut keadaan semasa sekiranya UMNO kata boleh masuk, baru Ibrahim boleh mohon

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. LIMAUDONGOctober 20, 2009 at 9:16 PM

    Sdr Anonymous
    Limau setuju dengan pendapat anda, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
LIMAUDONG
Sarawak, Central Region, Malaysia
View my complete profile
Powered by Blogger.