Tuesday, August 17, 2010

Bank tempatan kedekut

Bank tempatan kedekut

by Patricia Gari
KUCHING:Kerajaan negeri terkilan dengan sikap bank-bank tempatan di negeri ini yang disifatkan ‘liat’ memberi sumbangan atau sokongan ke-pada program pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar khasnya orang utan.
‘ANAK ANGKAT’: Gambar seekor anak orang utan yang diberi nama Ting San yang diangkat oleh syarikat Pusaka KTS diserahkan secara simbolik oleh Naroden kepada wakil syarikat yang juga Pengarah Vista Securco Sdn Bhd, Datuk Vincent Chapman (kanan) bagi pihak Pusaka KTS sambil diperhatikan (dari kiri) Len dan Ketua Warden Hidupan Liar SFC, Wilfred Landong.

‘ANAK ANGKAT’: Gambar seekor anak orang utan yang diberi nama Ting San yang diangkat oleh syarikat Pusaka KTS diserahkan secara simbolik oleh Naroden kepada wakil syarikat yang juga Pengarah Vista Securco Sdn Bhd, Datuk Vincent Chapman (kanan) bagi pihak Pusaka KTS sambil diperhatikan (dari kiri) Len dan Ketua Warden Hidupan Liar SFC, Wilfred Landong.

Mereka ‘liat’ beri sumbangan kepada program pemeliharaan, pemuliharaan hidupan liar khasnya orang utan, kata Len Talif

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber yang juga Pengarah Urusan Sara-wak Forestry Corporation (SFC) Datu Len Talif Salleh berkata tidak ada satu pun bank-bank yang beroperasi di negeri ini mahu menyumbang bagi tujuan tersebut.

Len berkata inisiatif untuk menjalinkan kerjasama bagi tujuan itu dengan bank-bank tempatan termasuk beberapa bank antarabangsa sejak lebih dua tahun lalu semuanya me-nemui jalan buntu.

Beliau memberitahu kementerian menerusi beberapa agensi di bawahnya termasuk SFC cuba mendapat-kan sokongan serta bantuan daripada bank-bank tempatan dan jumlah sumbangan tidak ditetapkan bergantung kepada keikhlasan institusi-institusi berkenaan.

Bagaimanapun katanya, jelas bank-bank tempatan termasuk beberapa bank antarabangsa yang didekati tidak berminat atau tiada komitmen untuk menjadi sebahagian daripada progran konservasi hidupan liar.

“Saya boleh katakan di sini bahawa bank adalah kumpulan korporat yang paling ‘lokek’ apabila berkata mengenai penajaan… saya berani katakan begitu.

“Bank-bank ini lantang bercakap mengenai standard bank dunia dan sebagainya dan sering mahu dilihat sebagai hijau serta mesra alam tetapi apabila bercakap mengenai wang atau kewangan mereka adalah kumpulan kor-porat yang sangat kedekut. “Alasan lazim mereka berikan ialah tiada bajet,” ujarnya pada sidang media semalam.

Terdahulu beliau menghadiri majlis pelancaran Kempen Derma Untuk Orang Utan bagi Sekolah-sekolah di Sarawak yang diadakan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh kira-kira 20 kilometer dari bandar raya ini.

Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais me-wakili Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Ke-dua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyempurnakan majlis tersebut.

Len yang juga Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berkata bank-bank tempatan khasnya perlu mencontohi sektor korporat lain yang sedia serta komited menjadi sebahagian daripada program memelihara dan memulihara hidupan liar di negeri ini.

“Ini suatu yang sangat menyedihkan kerana banyak badan korporat lain sangat aktif menyertai program ini dan ia tidak hanya dalam program menganak angkat orang utan tetapi membabitkan hidupan liar lain seperti penyu,” ujarnya.

Beliau memberitahu pihak-nya akan menjalinkan usaha sama melindungi serta memulihara hidupan liar khasnya orang utan dengan agensi-agensi pelancongan, syarikat penerbangan seperti MAS serta MASwings dan hotel seperti program ‘Heart-to-Heart with Orang Utan’ anjuran Hotel Pullman baru-baru ini.

“Ini usaha berterusan kita tambahan respons awal daripada pihak-pihak ini cukup menggalakkan,” katanya.

Naroden yang turut menghadiri sidang media itu juga mengakui kesukaran kerajaan mendapatkan sokongan mahupun sumbangan daripada bank-bank tempatan dalam usaha pemeliharaan alam se-kitar dan hidupan liar.

Beliau menambah adalah tidak salah untuk bank sebagai institusi yang memiliki kekuatan kewangan membantu kerajaan melindungi serta membiayai pusat hidupan liar.

“Ia harus dijadikan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat institusi-institusi berkenaan,” katanya.

(sumber:http://www.theborneopost.com/?p=58893)

No comments:

Post a Comment