HARAM 2.0: NIK AZIZ DAH JADI MENTERI BESAR 21 TAHUN, KENAPA MASIH KATA SPR TIDAK BERSIH?
8 tuntutan BERSIH yang kesemuanya membabitkan SPR berhubung perkara dan perjalanan pilihan raya. BERSIH menganggap pilihan raya di Malaysia tidak bersih. Jika ini benar, kenapa PRU-12 Pakatan Pembangkang berjaya menawan 5 negeri termasuk mempertahankan Kelantan. Malah Nik Aziz telah sekali lagi memegang jawatan Menteri Besar Kelantan untuk tahun yang ke-21.
Jika diimbau sejarah PAS dan DAP, parti pembangkang yang paling lama bertapak di Malaysia ternyata impian sejak penubuhan parti tersebut adalah untuk memerintah negara. Walaupun setiap kali pilihan raya umum, Pakatan Pembangkang sering kali yakin akan memenangi banyak kerusi pada pilihan raya, tetapi apabila kalah SPR disalahkan dan dikatakan tidak bersih.
Mungkin dengan cara demokrasi, Pakatan Pembangkang berasakan mereka tidak akan menang disebabkan banyak tingkahlaku dan perbuatan mereka yang menjijikan sehingga menyebabkan rakyat menolak mereka. Kredibiliti ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang telah jatuh murudum moralnya akibat daripada video seks bersama pelacur China dan kes liwatnya. Demikian juga, nyanyuknya Nik Aziz yang kelihatan semakin uzur untuk terlibat dalam politik. Disarankan Nik Aziz bersara dan duduk rumah jaga cucu dan layan isteri.
Walaupun Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin menyatakan dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita.
Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.
Tetapi, kata-kata Pengerusi Fatwa Majlis Kebangsaan itu hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Nik Aziz. Malah selepas ini Nik Aziz akan keluarkan fatwanya sendiri menyatakan Perhimpunan Haram itu sah mengikut syariat Islam. Ini pastinya disokong pemimpin-pemimpin PAS dan Anwar Ibrahim sebagai perancang utamanya. Dan, DAP yang mengambil sikap tunggu dan lihat akan menggunakan kepopularannya untuk menggerakkan fahaman komunis yang menjadi sebahagian agenda politiknya.
Untuk itu, Perhimpunan Haram 2.0 ini sebenarnya medan jalanan Pakatan Pembangkang untuk mengembalikan sokongan rakyat disebabkan sokongan rakyat terhadap mereka jauh merudum kepada 30 peratus. Tidak dapat guna cara baik, pembangkang guna jalan kotor demi mencapai cita-cita politiknya yang busuk dan jijik.
Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2011/07/haram-20-nik-aziz-dah-jadi-menteri.html#ixzz1R6lHBxr9
No comments:
Post a Comment