ADUN BATU LINTANG SEE CHEE HOW SIFATKAN BELANJAWAN 2012 SEBAGAI YANG TERBAIK
Belanjawan  yang terbaik dalam sejarah Malaysia. Itulah kata-kata pujian yang  dilemparkan ADUN Batu Lintang dari PKR, See Chee How terhadap Belanjawan  2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul  Razak. Walaupun berbeza dengan idealogi politik, namun atas dasar  negara berkebajikan, See Chee How menganggap belanjawan tersebut sebagai  yang terbaik untuk rakyat.
Mengakui  Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri adalah lebih baik  berbanding Belanjawan Pakatan Pembangkang yang dibentangkan Ketua  Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim pada Selasa lalu. 
Belanjawan  2012 kali ini meliputi keseluruhan rakyat Malaysia sama ada individu  isi rumah, pegawai dan kakitangan sektor awam dan swasta,  pelabur-pelabur luar negara, pembangunan luar bandar dan bandar, dan  perkhidmatan untuk rakyat.
Di  sebalik pujian tersebut, See Chee How juga tidak menolak Belanjawan  2012 itu berupa umpan politik. Ini kerana walaupun sasaran kerajaan  dalam Belanjawan 2012 itu meliputi semua rakyat, namun beliau mengakui  sasaran itu  sebenarnya bersesuaian dengan Gagasan 1Malaysia.
Apakah  Belanjawan 2012 itu mengukuhkan sokongan ke atas BN? Adalah tidak  mustahil sokongan rakyat ke atas BN selepas ini akan terus bertambah  memandangkan Belanjawan 2012 ini sebenar-benarnya untuk rakyat.   
sumber: http://cetusankenyalang.blogspot.com
 8:21:00 PM
 8:21:00 PM  WIRA KENYALANG™
 WIRA KENYALANG™  
 
No comments:
Post a Comment