Chua Soi Lek tegur Najib, beri ruang rakyat menyuarakan pendapat, jangan berpura-pura
WarkahDaily – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mahu  kerajaan Barisan Nasional memberi ruang yang lebih luas kepada rakyat  untuk bertentangan pendapat dengan kerajaan sekarang (BN). Ini semua  katanya, rakyat sekarang sudah jauh lebih matang, lantang dan aktif  dengan kesedaran politik yang tinggi berbanding sebelum ini. Maksud  lain, Chua mahu pemimpin Umno-BN lebih ‘gantleman’ dan tidak lagi  memaksa rakyat berada di abad kuno semata-mata mahu rakyat hanya  menerima pakai idea yang dilontarkan pemimpin Umno-BN sahaja tanpa  mengambil kira pendapat rakyat yang mahukan keadilan dan kebebasan.
Maksud  lain, Chua mahu pemimpin Umno-BN lebih ‘gantleman’ dan tidak lagi  memaksa rakyat berada di abad kuno semata-mata mahu rakyat hanya  menerima pakai idea yang dilontarkan pemimpin Umno-BN sahaja tanpa  mengambil kira pendapat rakyat yang mahukan keadilan dan kebebasan.
Malahan, sekarang bukan lagi zaman memaksa sesiapa untuk memberi  sokongan 100% kepada penguasa. Bukan mustahil, ada yang tidak bersetuju  dengan apa yang dibawa oleh penguasa. Oleh itu, kerajaan perlu bersedia  untuk menghadapi situasi itu. Bukan menekan, mendesak, menahan dan  menembak dengan air kimia sebagai balasan tidak menyokong kerajaan BN.
Dipetik dari Free Malaysia Today, Chua Soi Lek berkata, kerajaan  perlu sediakan saluran yang lebih luas kepada rakyat untuk bertentangan  pendapat dengan kehendak BN.
“Sebagai pemimpin, kita mestilah bersedia mendengar. Ahli politik tidak  sepatutnya berpura-pura yang mereka mengetahuinya (semuanya).
“Oleh yang demikian, MCA ingin mencadangkan pihak berkuasa menentukan  tempat dan laluan untuk mereka berarak dan permohonan permit  (diluluskan) mesti telus.
“Pihak polis pula perlu diletakkan untuk mengawal trafik dan penganjur  mestilah memastikan demontrasi berlangsung dengan aman tanpa mengancam  nyawa dan merosakkan harta awam,” katanya ketika menyampaikan ucapan  dasar perhimpunan agung tahunan MCA ke 58 di Kuala Lumpur semalam.
Perdana  Menteri yang juga Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak  merupakan pemimpin tertinggi BN yang hadir dan pandangan Chua itu  dilihat terarah (teguran) kepada beliau sebagai ‘leader’ dalam BN.  Beliau hadir bagi merasmikan perhimpunan agung berkenaan.
Polis bukan untuk menyepak, menendang, menyebur air kimia ke arah rakyat  yang bertentangan pendapat dengan penguasa tetapi pihak polis perlu  lebih relevan, dengan mengawal trafik supaya demontrasi dapat berjalan  dengan aman dan bukannya polis cuba melakukan sabotaj, provokasi murahan  agar keadaan lebih merumitkan dan huru-hara.
Dr Chua berkata, tranformasi politik perlu menjangkaui perpaduan politik, politik kecam mengecam dan perkauman sempit.
No comments:
Post a Comment