KAUM CINA PERLU SALAHKAN DIRI SENDIRI DALAM POLITIK SARAWAK
Kaum  Cina terpaksa menerima hakikat bahawa ketiadaan wakil baru mereka dalam  barisan Kabinet Sarawak yang diumumkan Pehin Sri Taib Mahmud Khamis  lepas. Pemansuhan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak 1 yang  dikhususkan kepada SUPP yang diwakili kaum Cina dan ketiadaan Menteri  Muda yang baru dari kalangan kaum Cina adalah hak mutlak Ketua Menteri  Sarawak.
Sebelum  ini, Dato’ Sri Wong Soon Koh disebut-sebut sebagai calon terbaik SUPP  untuk jawatan itu namun ia tidak dipersetujui beberapa perwakilan dalam  SUPP. Ura-ura jawatan itu akan diberikan kepada Presiden PRS, Tan Sri  James Masing juga kedegaran, tetapi Taib lebih selesa mengekalkan James  Masing kepada jawatan yang sedia ada. Bagaimanapun, penjenamaan baru  jawatan menteri kanan kepada Pengerusi PRS, Pengerusi SPDP dan wakil  tunggal Cina yang mempunyai jawatan dalam SUPP, Wong Soon Koh adalah  satu pengiktirafan ke atas mereka yang menang dalam PRN Sarawak lepas.
“Keputusan  itu merupakan budi bicara Ketua Menteri Sarawak. Sudah tentu tidak  semua pihak yang berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan ini. Jika  ini berlaku sudah lama kita berada dalam syurga”.
Presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam
Melihat  kepada barisan Kabinet Sarawak yang baru, semestinya SUPP berasa sangat  sedih. Namun, SUPP harus menerima hakikat bahawa keputusan itu adalah  kehendak rakyat Cina yang menolak kepimpinan SUPP dan BN. Dan kini,  rakyat Cina Sarawak terpaksa menerima hakikat.
Sebelum ini, SUPP tewas 13 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Sarawak ke-10 April lepas.
Keputusan  kaum Cina yang menyokong wakil rakyat daripada DAP dalam PRN Sarawak  dan keputusan ketiadaan wakil rakyat Cina dalam menduduki jawatan  Timbalan Ketua Menteri adalah susulan daripada kehendak kaum Cina.  Justeru, dalam hal ini kaum Cina di Sarawak jangan salahkan kerajaan dan  Barisan Nasional. 
Persoalannya, apakah DAP yang dikatakan mewakili kaum Cina dapat membantu mereka dalam menjaga kepentingan kaum Cina di Sarawak?
Umum  mengetahui, kepimpinan DAP di Sarawak boleh dikatakan sama seperti di  Semenanjung. Mereka lebih banyak bercakap dan menuduh kerajaan yang  bukan-bukan sehingga sanggup mengekploitasi apa saja keadaan demi untuk  meraih sokongan. Kebanyakan pemimpin DAP di Sarawak mendapat tunjuk ajar  daripada pemimpin DAP Pusat di Semenanjung. 
Sepanjang  tempoh tahun 2006 sehingga tahun 2011, kebanyakan pemimpin DAP yang  menang dan berjaya mempertahankan kawasan DUN masing-masing bukanlah  disebabkan kepimpinan mereka berjaya sebaliknya kejayaan mereka pada PRN  Sarawak lepas adalah berpunca daripada sikap pengundi Cina yang benci  kepada kerajaan. Sikap ini mempunyai kaitannya dengan kepimpinan SUPP  yang dikatakan lemah dan bersikap yakin dan diselaputi perasaan ego.
Untuk  itu, bagi penggal pentadbiran yang ke-10 ini, rakyat Cina terpaksa  menerima hakikat bahawa suara mereka dalam kerajaan tidak sebesar ego  mereka sebelum ini. Dengan hanya diwakili 2 orang wakil rakyat kaum  Cina, kali ini menampakkan suara-suara kaum Cina lebih bersifat  menentang. 
(sumber: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2011/10/kaum-cina-perlu-salahkan-diri-sendiri.html
 12:30:00 PM
 12:30:00 PM  WIRA KENYALANG™
 WIRA KENYALANG™  
 
No comments:
Post a Comment