
Ahmad Maslan 'bakul sampahkan' Buku Jingga
Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini  mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati  terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang  dipertikaikannya.Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.
Tindakan simbolik itu dibuat di pentas ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya berlangsung hari ini.
Malaysiakini dan portal berita Merdeka Review bagaimanapun tidak dibenarkan membuat liputan pada acara itu dan hanya dibenarkan menghadiri sidang media selepas majlis berkenaan.
Buku Jingga yang memuatkan tawaran 100 hari sekiranya berjaya menawan Putrajaya antaranya berjanji akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketika Felda.
(SUMBER: http://www.malaysiakini.com/news/188991)
No comments:
Post a Comment