Monday, February 13, 2012

Khamis, Februari 09, 2012

BR1M Sarawak tersasar dari hasrat asal Datuk Seri Mohd. Najib !

Perlaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj Abdul Razak merupakan satu inisiatif yang sangat murni dan baik sekali dalam usaha kerajaan untuk meringankan sedikit sebanyak beban rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini serta yang kurang berkemampuan.

Tetapi malang sekali apabila sesuatu yang telah dirancang sebegitu baik sekali untuk rakyat namun di sebalik itu ia jelas amat merugikan bagi pihak kerajaan sendiri apabila BR1M tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin sebagaimana yang diharapkan oleh kerana agensi yang dilantik iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah gagal sebenarnya dalam mengenal pasti individu-individu yang benar-benar layak untuk menerima pemberian tersebut.

Di Sarawak misalnya, ramai sekali golongan yang bekerja sendiri, yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau golongan yang mempunyai pendapatan jauh dibawah RM3000 sebulan merungut apabila nama mereka tercicir dari senarai penerima yang berkelayakan. Tetapi yang peliknya ada golongan yang punya hartanah bernilai ratusan ribu ringgit serta yang memiliki tanah beratus-ratus ekar telah diluluskan permohonan untuk bantuan rakyat 1Malaysia itu.

Jadi bagaimanakah caranya pihak LHDN dalam menjalankan tugas mereka untuk mendapat maklumat secara terpeinci sebelum meluluskan permohonan daripada seseorang pemohon BR1M itu adakah pihak mereka hanya bersandarkan kepada seseorang yang tidak berpendapatan tetap semata-mata tanpa mengambil kira soal harta terkumpul individu terbabit yang ada di antara mereka sebenarnya datang dari keluarga yang berada atau keluarga yang memiliki harta yang banyak.

Apakah pihak LHDN juga tanpa sedar telah meluluskan permohonan BR1M yang dikemukakan oleh mereka yang tidak sepatutnya sehingga mengenepikan permohonan yang dibuat oleh golongan yang sememangnya disasarkan di bawah program bantuan rakyat 1Malaysia itu?

Jumlah bantuan sebanyak RM500 bagi mereka yang punya harta seperti tanah, ladang dan sebagainya tidaklah sebesar manapun tetapi lain bagi mereka yang benar-benar memerlukan serta yang layak ianya mempunyai nilai yang sungguh bermakna sekali namun apabila permohonan diketepikan pasti ianya menjadi sesuatu yang amat memeritkan sekali untuk diterima.

Dengan tarikh PRU-13 yang semakin mendekat, apakah kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meletakkan kebimbangan tentang tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan BN berikutan ramai sebenarnya golongan yang benar-benar wajar diberi bantuan BR1M itu namun permohonan mereka telah ditolak oleh pihak LHDN atas beberapa sebab yang kurang jelas?

Di Sarawak, penduduk dari daerah pendalaman, bukan mudah bagi mereka untuk bergerak dalam masa sehari suntuk semata-mata untuk mendapatkan pemberian daripada pihak kerajaan sebanyak RM500. Tambang ulang-alik dari tempat kediaman ke pusat bandar atau daerah pentadbiran tertentu saja telah memakan belanja yang bukan sedikit dan sudah tentu tidak berbaloi bagi mereka jikalau hendak menerima RM500 itu mereka terpaksa mengeluarkan sendiri belanja tambang bagi kenderaan pengangkutan dan berapa ringgit saja lagi wang lebih untuk kegunaan harian mereka.

Rakyat Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohd. Najib atas usaha beliau yang tidak putus-putus untuk membantu seluruh rakyat Malaysia, akan tetapi tentang BR1M ini, rakyat Sarawak mungkin juga di Sabah serta di Semenanjung Malaysia ada yang ditolak permohonan mereka selepas itu meayu lagi tetapi tetap juga gagal DAN harap kejadian ini boleh mendekatkan lagi pihak LHDN dengan masyarakat di bawah dan tidak hanya kenal kepada pembayar cukai yang punyai pendapatan bulanan yang tetap tetapi kenalilah juga rakyat bawahan yang punya harta-benda tanah berekar-ekar di negeri ini.

(sumber: http://hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment