PAS LETAK CALON IBAN PADA PRU-13 KERANA TERPAKSA
Demi
 memastikan matlamat dan perjuangannya untuk melihat BN tidak menang 
selesa dalam PRU-13 di Sarawak, PAS sanggup menelan ‘air ludah’ biarpun 
telah jatuh ke tanah. 
Jika
 sebelum ini, difahamkan PAS hanya mencalon seorang sahaja calon Iban 
tetapi disebabkan ketamakan kuasa maka PAS telah mencalonkan seorang 
lagi calon Iban bagi mewakili PAS. Ini semua hanya untuk memastikan BN 
tumbang dan bukannya berhasrat untuk berkhidmat untuk rakyat.
Objektif
 PAS dalam PRU-13 di Sarawak lebih bersifat dendam dan bukannya mahu 
membantu rakyat. Jika disebabkan kekalahan teruk PAS dalam PRN Sarawak 
Ke-10 lepas ianya ada kemungkinan. Biarpun hanya bertanding di lima 
kerusi DUN dan penuh yakin akan menang, PAS akhirnya tersungkur ke bumi 
dengan kekalahan yang sangat teruk. 
Ketua
 Penerangan PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul Rani mengesahkan parti itu 
akan meletakkan dua calon Iban untuk bertanding mewakili PAS iaitu di 
kerusi Sibuti dan satu lagi, sama ada di kerusi Igan atau Tanjung Manis.
 
PAS
 sebelum ini telah memperkenalkan calon Iban di Sibuti yang sudah 
disahkan ialah Bobby Zaid Tadang yang berasal dari Miri, manakala untuk 
kerusi yang satu lagi, proses untuk mengenal pasti calon paling layak 
sedang dilakukan.

No comments:
Post a Comment