Pengerusi PKR Sabah CUBA MALUKAN SAYA - Anwar Ibrahim
 | 
    Tuesday, June 12, 2012
Anwar
 Ibrahim sudah tidak tahu mana lagi untuk disorokkan mukanya. Maruah 
sebagai pemimpin tertinggi PKR dan Ketua Pembangkang sudah tercemar 
akibat mainan politik kurang matang Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin 
Jaini.
Politik 'lompat parti' ciptaan Anwar Ibrahim mula makan diri, sedikit demi sedikit ...
Barangkali
 kurang melakukan 'homework' dengan cermat, Ahmad Thamrin Jaini begitu 
cepat mengumumkan dua ahli parlimen BN dari Sabah akan menyertai PKR.
Dua
 nama besar Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing dan Ahli 
Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin disebut-sebut akan 
menyertai pakatan pembangkang.
Nyata
 Pengerusi PKR Sabah ini masih lagi belum belajar mengenali politik 
Sabah. Orang Sabah yang tidak memahami sejarah politik Sabah.
GWM
 difahamkan Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk ke Sabah untuk membuat 
pengumuman terhebat, penyertaan Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Seri 
Lajim Ukin. Hajat Anwar Ibrahim tidak kesampaian.
Namun begitu ada satu persoalan menarik bermain di benak fikiran GWM ...
Sampai
 bila BN / UMNO masih lagi mahu menanggung 'biawak-biawak hidup', 
pemimpin yang terlalu banyak dengan permainan tarik tali 'yuran 
perpindahan'. 
Macam
 pemain bolasepak professional, ada 'yuran perpindahan' namun berbeza 
dengan 'yuran perpindahan' pemain politik professional.
Siapa mampu membayar yuran yang tinggi, maka disitulah tempat baru yang akan diduduki.
Sudah
 sampai masanya BN / UMNO melepaskan pemain politik professional yang 
suka meletakkan 'yuran perpindahan' sebagai cagaran untuk mendapatkan 
undi.
GWM
 khuatir rakyat akan mula meluat dan muak dengan sikap 'pelacuran tahap 
tinggi' ini. Takut ianya akan merobek maruah BN /UMNO dimata rakyat.
Cukup-cukuplah menabur wang kepada 'political animal' ini ...
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment