Sunday, April 4, 2010

SCORE

SCORE jana pendapatan tinggi



Pendapatan lebih tinggi rakyat dicapai apabila industri-industri berat, baru dimulakan

KUCHING: Landasan untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi yang cuba dicapai menerusi Model Ekonomi Baru (MEB) telah wujud di negeri ini menerusi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

GEMBIRA: Fatimah dan Tan berkongsi kegembiraan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Penuh dan Menteri Muda pada istiadat angkat sumpah pelantikan di Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam. — Gambar Bernama

GEMBIRA: Fatimah dan Tan berkongsi kegembiraan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Penuh dan Menteri Muda pada istiadat angkat sumpah pelantikan di Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam. — Gambar Bernama

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber- kata, tahap pendapatan lebih tinggi di kalangan rakyat negeri ini akan dicapai apabila industri-industri berat dan baru dimulakan.

“Ini (SCORE) juga membolehkan kita menjalankan pelbagai latihan dan pelajaran kerana kita berkehendakkan bermacam kemahiran dan kepandaian.

“Proses mencapai bentuk ekonomi baru akan dapat dicapai segera apabila lebih banyak tenaga kerja mahir tersedia,” katanya ditemui dalam majlis angkat sumpah membabitkan dua anggota kabinet negeri di sini, semalam.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Alam Sekitar) Tan Joo Phoi, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Hadir sama, Penasihat di Pejabat Ketua Menteri Datuk Amar Adenan Satem.

SCORE merupakan kawa-san terbentang dari Tanjung Manis, Mukah hingga Simi-lajau, Bintulu.

Setakat ini, ia telah menarik pelaburan bernilai RM30 bilion dengan sasaran RM300 bilion untuk dicapai pada 2030.

Antara industri yang bakal muncul ialah peleburan aluminium, tenaga, makanan dan produk perkayuan.

Taib berkata, MEB yang dibentangkan Perdana Men-teri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas di-yakini mampu mengubah taraf ekonomi Sarawak.

“Beliau menekankan soal penghapusan kemiskinan dalam kawasan luar bandar tanpa mengambil kira soal keturunan, agama dan lain-lain,” katanya.

Usaha membangunkan luar bandar merangkumi aspek prasarana dan modal insan.

Katanya, tumpuan khusus diberikan terhadap luar bandar berikutan pertambahan penduduk di kawasan tersebut adalah lebih ramai berbanding bandar.

Justeru, modal insan di kalangan generasi muda yang bakal muncul kebanyakannya dari luar bandar perlu dilengkapi dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan.

“Masa depan kita bergantung kepada keupayaan rak-yat sendiri sebagai modal insan,” katanya.

Kebergantungan terhadap tenaga kerja asing akan kekal jika sumber manusia tempatan tidak diperkasakan.

“Kemakmuran ekonomi negara perlu digunakan untuk melatih dan meningkatkan keupayaan rakyat Malaysia sendiri,” katanya.


( sumber: http://www.theborneopost.com/?p=21004)

No comments:

Post a Comment