PAS RELA DIAIBKAN DEMI KELANGSUNGAN BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG
PAS  menerusi Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib ‘mempersilakan’ Dr Hassan  Ali mengecam dan mengkritik PAS yang disifatkannya telah tergelincir  daripada perjuangan asal menegakkan kebenaran Islam. Hanya dengan ini  akan membuatkan kepimpinan tertinggi PAS sedar dengan apa yang  diungkapkan bekas ahli PAS berbanding kecaman daripada pemimpin UMNO dan  BN.
Ini  bukan kali pertama PAS menerima kritikan dan desakan daripada bekas  pemimpin PAS yang keluar parti mahupun dipecat. PAS menerima dengan hati  terbuka dan dengan ini akan menyebabkan pemimpin PAS Pusat membuka mata  dan telinga untuk bertindak dan menjawab tohmahan tersebut.
"Kalau  dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah,  kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.
"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS.
Dr  Hassan Ali sekarang ini sedang dalam penjelajahan dalam Perhimpunan  Sejuta Umat (Himpun) di seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat  bagaimana hala tuju perjuangan pemimpin PAS. 
Dalam  Himpun yang diadakan di Pulau Pinang, Dr Hassan Ali menyifatkan PAS  sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk  menyelamatkan umat Islam daripada gejala murtad. Di samping itu,  kepimpinan tertinggi PAS juga sanggup melarang ahlinya menyertai program  berkaitan akidah seperti Himpun.
sumber: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2012/01/

No comments:
Post a Comment