Hindraf gila populariti ,nak saman Najib & Muhyiddin
Satu lagi drama Tamil oleh puak2 Hindraf yang terdesak gila  populariti dan sokongan  kaum India. Mereka tahu nama kumpulan Hindraf   tenggelam , jadi  sekarang masa terbaik untuk naik semula terutama hari  Thaipusam hari ini .
 Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin  Yassin mungkin akan menerima saman pertama dalam bahasa Tamil, di  samping bahasa Melayu yang disyaratkan.
Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) hari ini berkata akan  memfailkan saman terhadap lelaki pertama dan kedua Malaysia itu di  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Khamis.
Pengasas bersama Hindraf P Uthayakumar dan peguam M Manoharan berkata,  mereka akan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya kesemua 523  sekolah Tamil ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, setiap sekolah diberikan  10 ekar tanah dan sebuah kampus khas melatih guru India diadakan di  Universiti Malaysia.
Mereka juga menuntut ganti rugi RM55 bilion setahun untuk dakwaan 55  tahun diskriminasi terhadap bekas penuntut sekolah Tamil oleh kerajaan  dan sektor swasta.
( sumber:http://sejarahmelayu.blogspot.com )
No comments:
Post a Comment