
DBKL arah pindah, siswa terus berkhemah di Dataran
Dewan
 Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mahukan kira-kira 30 mahasiswa 
yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut pemansuhan
 pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpindah
 daripada kawasan itu.Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.
 Mahasiswa
 diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang 
sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk 
bandar.
Mahasiswa
 diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang 
sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk 
bandar.Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.
Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.
Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.
Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.
No comments:
Post a Comment