PENAFIAN Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.
Saturday, February 28, 2009
Dilarang guna Allah
Oleh HAMDEN RAMLI
KOTA KINABALU 28 Feb. – Pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.
Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.
“Dalam perkara larangan penggunaan nama Allah itu, kita tidak akan mengatasi keputusan kerajaan yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama lain selain Islam dan kita juga tidak akan mendahului keputusan mahkamah.
“Saya mengaku berlaku kesilapan dalam pewartaan larangan penggunaan nama Allah itu dan kita akan mengambil tindakan untuk membetulkannya,” tegas beliau kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, kesilapan tersebut berlaku di peringkat ‘penggubalan maksud arahan’.
“Apa yang diberitahu pada saya dan apa yang akhirnya berlaku adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, berlaku kesilapan dan kesilapan itu membawa implikasi yang amat mendalam,” katanya.
Beliau menambah, keputusan kerajaan sangat jelas bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain daripada Islam.
Ditanya sama ada ruang untuk membetulkan pewartaan itu, Syed Hamid berkata: “Pewartaan itu dibuat oleh saya. Oleh itu saya akan membatalkan pewartaan tersebut”.
Mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, kementerian akan membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya menunggu keputusan mahkamah.
“Kita sudah membuat keputusan sebelum ini tetapi mereka cabar dengan membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum mahkamah buat keputusan, kita tidak akan membuat apa-apa keputusan,” katanya.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.
Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.
Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katholik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.
Friday, February 27, 2009
Perasmian 'Balai Raya' & Gelangan Takraw
JASA- Bicara Gemilang
( Penceramah dari Jabatan Bomba & Penyelamat Meradong En. Harun Jenai )
)
Jumaat 27/2/2009
Tuesday, February 24, 2009
By Election - Batang Ai
Pakatan faces acid test in Batang Ai
sumber-Malaysiakini
Batang Ai will be an acid test for Pakatan - the first by-election in Sarawak in the wake of March 2008 political tsunami. Can it keep its momentum?
Likely candidates for BN and Pakatan ?
Key election issues: NCR land, Dam
Setiausaha MDMJ - Turun Padang
( Setiausaha MDMJ berbincang dengan penduduk-penduduk Rumah Panjang)
Monday, February 23, 2009
TAKZIAH
Sunday, February 22, 2009
SALCRA majukan Rakyat
(sumber: Borneo Post)
Aktiviti Bergambar- JASA
Thursday, February 19, 2009
Ubat Traditional
Tuesday, February 17, 2009
mini feri
Monday, February 16, 2009
Subsidi Untuk Petani/Pesawah/Pekebun kecil
( Pengurus Pertubuhan Peladang En. Wargo Ikau ( no. 2 kiri bebaju panjang ) bergambar bersama penerima bantuan subsidi seperti racun perosak dan baja)
Kerajaan Barisan Nasional Perihatin:
Jabatan Pertanian Daerah Meradong dan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong telah memberi bantuan percuma kepada petani, pesawah dan pekebun kecil dalam bentuk racun perosak serangga dan baja untuk mengurangkan membeban pekebun-pekebun. Selain dari memberi racun perosak serangga dan baja Jabatan Pertanian juga memberi benih-benih sayuran-sayuran untuk ditanam dikawasan rumah-rumah masing.
Mengikut En. Wargo Ikau, Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong bahawa tiap-tiap hari memang ada petani-petani datang ke Pejabat untuk mengambil bantuan kerajaan. En. Wargo Ikau juga mengalakkan semua penduduk-penduduk menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong untuk menikmati bantuan subsidi kerajaan.
Limau Bintangor
( Buah Limau Bintangor )
Selamat Datang ke Pekan Bintangor dan belilah Limau Bintangor sebagai kenangan. Anda boleh membuat pilihan perasa masam pun ada dan perasa manis pun ada.
Sunday, February 15, 2009
Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia
Thursday, February 12, 2009
Karpal Singh Vs Sultan Azlan Shah
‘Tiada asas mulakan prosiding’
sumber: utusan
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak boleh memulakan prosiding di mahkamah sivil terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana tindakan itu dihalang oleh peruntukan Perkara 181(2) Perlembagaan Persekutuan.
Malah, peguam veteran itu juga tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian kerana beliau bukan rakyat negeri Perak dan tidak akan terjejas oleh sebarang keputusan Sultan Azlan Shah.
Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, dalam soal locus standi, pihak yang sepatutnya menyaman Sultan Azlan Shah ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bukannya Karpal.
Katanya, jika Karpal menyaman Sultan Perak atas alasan sultan bertindak menggunakan prerogatif baginda, tidak ada mahkamah di Malaysia akan melayan saman itu kerana hanya mahkamah khas yang boleh mendengarnya.
Wednesday, February 11, 2009
myMetro: Tarif elektrik turun BERMULA 1 MAC
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meminda tarif elektrik bagi pengguna bermula 1 Mac depan sejajar dengan keputusan kerajaan menurunkan harga gas untuk sektor tenaga.Kadar baru itu menyaksikan purata pengurangan tarif bagi pengguna industri ialah 5 peratus (dari 4.8 hingga 5.2 peratus); pengguna komersial pula mengalami purata penurunan 2.7 peratus (dari 2.6 hingga 2.7 peratus).Sementara kegunaan domestik atau rumah kediaman pula, purata pengurangannya ialah sebanyak 2.54 peratus bagi penggunaan sebulan yang lebih 200KWh (berkurang dari 3.0 hingga 4.7 peratus).
( Limaudong juga minta SESCO ikut langkah TNB turunkan tarif elektrik di Sarawak . )
Karpal enggan wakili Mohammad Nizar
PUTRAJAYA: Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.
(
Malaysiakini : Poll: 88% Disagree With The Sultan
Feb 11, 09 5:26pm
From the various protests and huge outcry over what many have called an undemocratic ousting of a legitimate state government, it would be safe to assume that a majority of Malaysians are unhappy over what has been going on in Perak.
Only 9.8% support decision
40,000 respondents
( Limaudong: I don't believe that 88% MALAYSIAN disagree with the Sultan. Can the organiser tell us the break down of ethic groups of the 40000 respondents . )
Thursday, February 5, 2009
PENGAJARAN UNTUK PEMBANGKANG
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Timbalan Speaker Dewan Rakyat)
He Say " Kita (BN) tidak hipokrit. Malah , dorongan dan idea yang dicetuskan pihak lawan ( pembangkang) telah memakan diri mereka sendiri. Bagaimanapun, kita bersikap terbuka menerima pembangkang jika mereka benar-benar mahu menyertai kita ".
(Limaudong said: Sepertimana kita tahu DSAI telah berusaha bermatian-matian agar wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional MELOMPAT parti dan menyertai Pakatan Rakyat tetapi tidak berjaya. Permainan 'RAMPAS' wakil rakyat oleh DSAI dan sekutunya untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan hanya ' building castle in the air ' DAN TAK MUNGKIN berlaku di Bumi Kenyalang. Tidak semudah itu PKR dapat merampas kerusi BN di Sarawak. )
Wednesday, February 4, 2009
BN claims Power ?
Perak gov't collapses - BN claims power |
Feb 4, 09 12:12pm |
LIVE REPORTS 5.50pm: Opposition Leader Anwar Ibrahim accuses BN of trying to form government in Perak 'by hook or by crook'. "We are pushing for a dissolution of the state assembly and fresh elections in the state. We must go back to the people and get a fresh mandate," he tells AFP. "BN is trying to form the state government by hook or by crook - more by crook." 5.35pm: Mohd Nizar leaves the palace after meeting Sultan Azlan Shah. He tells reporters that he has informed the sultan of his request to dissolve the state assembly. "It is now up to Tuanku (his highness)," he adds with a smile. The meeting lasted almost two hours. 5.08pm: 'PERAK GOVERNMENT FALLS' Najib tells a press conference that Barisan Nasional has the support of the four former Pakatan Perak assemblypersons - three will be "BN-friendly" Independents, while Nasarudin will rejoin Umno. Najib will meet the Perak sultan as soon as possible. He says it is up to the sultan to decide on Nizar's request for dissolution of the assembly. "All three state representatives - Jamaluddin, Osman and Hee - have submitted resignation letters to their former parties and have informed the sultan of their resignation. Nasarudin denies the claim that he has been abducted. However the final decision now hinges on the Sultan of Perak - if he accedes to a Pakatan request for dissolution or allows BN to form the new government. 5.05pm: Mohd Nizar is still at Istana Kinta. 4.28pm: It is learnt that Bota representative Nasarudin Hashim is at the DPM's office, waiting to be introduced to the media by Najib. With Nasarudin's reversal of his defection, BN and its independent allies now have 31 seats against Pakatan Rakyat's 28. 4.25pm Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu and Hee Yit Foong are present at the DPM's office. It is believed that Najib will announce their entry into BN at his press conference. 4pm: DPM Najib Abdul Razak is expected to begin his press conference in Putrajaya soon. (sumber Malaysiakini) (Limaudong Said: Am I too early to say " Congratulation " to Barisan Nasional ) |
Monday, February 2, 2009
Call 1 800 888 666
Pernahkah anda menghubungi nombor 1 800 888 666 ?
Ya, ini adalah nombor dimana anda boleh membuat aduan tentang kerosakan Jalan Raya kita, ok.
Pada hari ini saya telah membuat satu pangillan jam 4.45 petang kepada nombor ini dan dijawab oleh suara yang manis dan lantang bercakap.
Cik/Puan ini ( saya terlupa bertanya siapakah nama Cik/Puan ni ).
Saya amat kagum dalam masa '3 ringing tone' dia sudah angkat talipon dan jawap dengan suara yang lemah dan lembut dia menjawab pangillan saya.
Hati yang yang marah mula reda ' cool down'.
Dia memberi salam dan memperkenalkan Jabatan mereka.
Dia tanya saya, Encik , apakah aduan Encik ?.
Saya menjawab dia bahawa Jalan Tulai/Paradom lebih kurang 300 meter dari simpang Lampu Isyarat ada banyak lubang dan memberbahaya kepada kenderaan dan orang ramai.
Selepas mendengar aduan saya , Cik/Puan pun ambil keterangan dari saya, seperti Nama & HP saya. ( Macam hendak berkenalan ini)
Cik/Puan ni berkata mereka akan membaiki jalan dalam masa terdekat dan akan 'call' saya apabila kerja-kerja membaiki ini dijalankan.
( Komen: Melaporkan kerosakan harta benda awam adalah tanggunggjawab kita bersama. Tujuan saya membuat pangillan adalah untuk memastikan Nombor itu benar-benar ujud dan aduan orang ramai diterima dan tindakan juga diambil.
Bagiamanpun saya akan tunggu 'call' dari Pegawai CMS bilakah mereka akan membaiki Jalan berlubang itu.
Untuk makluman , kain rentang yang berslogan 'Hati-Hati Jalan Berlubang" itu digantung oleh parti pembangkang.)