KERANA PTPTN, ANWAR SEMAKIN MENJADI LIABILITI !
Pada
Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak
serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang
ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.
Dalam
ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis
untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.
Menurutnya,
dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma,
bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil
keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.
Nampak
mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu
akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan,
pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan
perbelanjaan.
Pada
minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi
kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman
PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.
Paling
penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat
model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya
berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.
Penyelesaian
mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir
kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri
dan negara.
Itu
baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang
terlibat pula cuma 1000 orang. Jika semuanya mengambil pengajian
ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk
menampung seribu orang pelajar tersebut.
Tapi
dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda
politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji
tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.
RM5
bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun
untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.
Jika
angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun
dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion,
sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.
Bukankkah
lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan
yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?
Tidak
syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji
tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai
satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk
dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.
Barangkali
untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan
dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor
yang sukar dicari ganti.