Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Kutipan cukai RM110 bilion


Lembaga Hasil Dalam Negeri menyasarkan kutipan cukai lebih tinggi tahun ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 4 April - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka kutipan cukai tahun ini mencecah sekurang-kurangnya RM110 bilion dibantu oleh peningkatan kadar penggunaan perkhidmatan e-filing oleh pembayar cukai.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar (gambar) berkata, jumlah kutipan yang lebih baik juga boleh dicapai jika proses perakaunan syarikat yang lebih bertanggungjawab dapat dilakukan serta mengambil kira aktiviti ekonomi yang tidak direkodkan.
"Sasaran itu juga adalah berdasarkan jangkaan pertumbuhan ekonomi negara. Boleh dikatakan ia meningkat setip tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cukai 2012 di sini, hari ini.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Friday, March 30, 2012

Cetak rompak lagu Iban ibarat ‘barah’

by Watt Zacchaeus. Posted on March 31, 2012, Saturday
WAN AHMAD UZIR
SIBU: Kementerian tidak dapat bertindak jika syarikat penerbitan terus berdiam diri.
Masalah cetak rompak dalam industri muzik Iban akan terus berpanjangan dan tiada titik noktah sekiranya syarikat-syarikat penerbitan lagu enggan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Pengarah KPDNKK Negeri Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, masalah terbabit terbiar tanpa tindakan kerana tiada aduan daripada pihak pengeluar lagu-lagu Iban di negeri ini.
“KPDNKK tidak boleh berbuat apa-apa kalau tiada aduan daripada mereka. Kita tidak boleh bertindak kalau tiada maklumat atau berdasarkan aduan daripada pihak terbabit.
“Walaupun dalam akhbar-akhbar tempatan di negeri ini, masalah cetak rompak dalam industri muzik Iban sering diperkatakan, namun KPDNKK tidak dapat bertindak kerana syarikat pengeluar lagu-lagu Iban hanya berdiam diri meskipun masalah terbabit ibarat barah,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gejala cetak rompak dalam industri muzik Iban yang masih tidak dapat diatasi sehingga sekarang.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Cabaran Interaktif Kelab Pengguna Sekolah (KPS) 2012 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini.
Pertandingan selama dua hari itu yang bermula sejak 29 Mac lalu adalah anjuran bersama KPDNKK dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Abdillah Adam.
Menurut Wan Ahmad lagi, KPDNKK sebelum ini bukan tidak mahu bertindak, cuma tiada maklumat mengenai dalang-dalang yang melakukan kegiatan terbabit.
“Masyarakat, peminat atau persatuan penyanyi Iban seharusnya tidak menuding jari kepada KPDNKK kerana tidak dapat menyelesaikan masalah terbabit. Isu cetak rompak ini dapat diselesaikan sekiranya semua pihak memberikan kerjasama kepada kami.
“Jangan takut atau berasa waswas jika anda tahu mengenai kegiatan terbabit. Kepada mereka yang terlibat dalam industri muzik Iban, sila tampil dan berikan maklumat-maklumat mengenai isu terbabit untuk kami tangani dan atasi supaya kita dapat menyelamatkan industri muzik Iban,” tegasnya.
Wan Ahmad berkata, beliau berasa sangat hairan kenapa syarikat-syarikat pengeluar lagu Iban tidak mahu tampil melaporkan isu-isu cetak rompak kepada KPDNKK jika masalah terbabit menghantui mereka selama ini.
“Tiada gunanya jika memperkatakan isu ini sekiranya pihak berkenaan tidak mahu tampil bekerjasama dengan kita. Berapa ramai penyanyi lagu Iban di negeri ini telah menjadi mangsa cetak rompak, namun syarikat mereka terus mendiamkan diri. Nampak pelik sangat dan ini turut menimbulkan banyak persoalan,” tambahnya.
Beliau turut menasihatkan agar mereka khususnya para penyanyi atau syarikat penerbitan lagu-lagu Iban di negeri ini memberikan kerjasama dengan KPDNKK bagi membanteras isu terbabit yang banyak menjejaskan pendapatan syarikat dan penyanyi itu sendiri.
“Sebagai seorang penyanyi atau penerbit, mereka yang berkenaan mesti tahu akan hak cipta mereka agar semua karya mereka dapat dilindungi. Adalah suatu kerugian jika orang lain mengaut keuntungan daripada hasil kerja keras anda atau titik peluh anda,” ujarnya.
Menyentuh mengenai barang-barang kawalan ketika tibanya musim perayaan, beliau menjelaskan tiada masalah yang timbul, sekali gus memberi jaminan bekalan yang mencukupi kelak.
“KPDNKK akan sentiasa memantau harga barang tidak kira pada musim perayaan atau tidak demi para pengguna. Buat setakat ini, barang-barang kawalan kita masih mencukupi dan tidak menghadapi sebarang masalah,” jelasnya.

Friday, October 7, 2011

Membela rakyat, sejahtera negara


TENTU ada sesuatu yang mencuit hati sehingga Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri Kabinet lain tergelak ketika pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat, semalam. – Utusan/MOHD. NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR 7 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengetepikan strategi untuk membangunkan negara.

Bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Bajet 2012 yang merupakan bajet kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Najib, bakal menjadi pemacu untuk mencapai Wawasan 2020 dan matlamat negara berpendapatan tinggi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dengan itu menggariskan lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.

Belanjawan kali ini begitu menyeluruh sehingga menyentuh secara langsung golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif yang tidak dijangka termasuk bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka.

Turut menerima insentif Bajet 2012 ialah warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.

Golongan penjawat awam pula terus menerima imbuhan berganda apabila Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus, kenaikan gaji tahunan RM80 hingga RM320 mengikut gred selain bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibayar pada Disember ini.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan pelarasan pencen dua peratus setahun secara automatik mulai 2013 di samping menerima bayaran khas RM500.

Dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.

Najib juga sempat menyindir pembangkang yang sering menguar -uarkan konsep negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah sejak sekian lama mengamalkannya.

“Keseluruhannya subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.

Bajet 2012 menyediakan peruntukan berjumlah RM232.8 bilion meliputi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek bagi tahun depan di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion untuk merancakkan pelaburan.

Perdana Menteri turut mengumumkan empat dana khas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempergiatkan industri itu.

Dalam pada itu, berpegang kepada falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib turut menjanjikan proses besar islah undang-undang di bawah Program Transformasi Politik bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden dan progresif sekali gus demokrasi yang berfungsi.

“Bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat, ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah sekalipun menengah atau tinggi dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa,” katanya.

Perdana Menteri mengakhiri ucapan belanjawannya yang memakan masa dua jam itu dengan menegaskan kerajaan BN tidak tunduk kepada tekanan atau paksaan untuk mengambil jalan benar dan betul demi warga Malaysia.

“Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukan dibuat-buat atau ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan sahsiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak,” tegasnya.


( sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011)

Sunday, July 3, 2011

Ramai masih jahil ancaman komunis

Pahlawan negara saran kerajaan lancar kempen kesedaran bahaya fahaman komunis

KANANG

SRI AMAN: Seorang wira negara menyarankan supaya kerajaan melancarkan kempen publisiti secara meluas mengenai ideologi dan kesan fahaman komunis terhadap masyarakat bagi menangani kononnya cubaan mewujudkan semula fahaman itu menjelang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Kanang anak Langkau, bekas Pegawai Waran 1, yang pernah terbabit dalam operasi memburu komunis, berkata generasi sekarang tidak akan memahami kezaliman dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat semasa pemberontakan komunis di negara ini pada 1948 hingga 1960.

“Salah satu cara menimbulkan kesedaran rakyat tentang fahaman komunis adalah dengan menceritakan sejarah ideologi komunis di Malaysia yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai pada zaman itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kanang, yang berusia 67 tahun, merupakan satu-satunya penerima kedua-dua anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) yang masih hidup.

Katanya cubaan menghidupkan semula ideologi komunis mungkin terselindung di sebalik kemajuan teknologi dan maklumat dalam Internet sehingga gagal dikesan oleh kerajaan.

“Adalah penting bagi rakyat dan kerajaan mengesan elemen-elemen ini pada peringkat awal lagi,” katanya.

Sambil menyokong tindakan tegas polis dalam menjaga ketenteraman awam, Kanang berkata sudah tiba masa bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memberi isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menyebarkan ideologi komunis di negara ini.

Beliau juga mencadangkan Kementerian Pelajaran memberi pendedahan mengenai bahaya fahaman komunis kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah.

“Generasi muda perlu diajar menghargai pengorbanan perajurit negara dalam mengekalkan keamanan semasa era pemberontakan komunis di negara ini,” katanya

Kanang berkata salah satu sebab utama ramai masih jahil mengenai ancaman ideologi komunis adalah kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh generasi muda sekarang.

“Adalah sedih dan tidak sensitif oleh kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan semua ideologi komunis…satu tindakan yang tidak menghormati pengorbanan perwira negara dalam mempertahankan keamanan negara pada era itu,” katanya.

Keberanian Kanang dalam operasi memburu penganas komunis tercatat dalam sebuah buku berjudul “Kanang Cerita Seorang Pahlwan” yang ditulis oleh Mejar (B) Maznan Nordin dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). — Bernama

Sunday, February 13, 2011

MARDI majukan padi bukit

MARDI majukan padi bukit

by Nick Fletcher. Posted on February 14, 2011, Monday

Projek mengguna pakai teknologi baru mulai menampakkan kejayaan: Fadillah

TUAI HASIL: Fadillah (tiga kanan) bersama salah seorang peserta projek, Bonnie Mbuh Udal (kanan) dan isteri, menuai hasil padi bukit di Tebedu.

TEBEDU: Pakej teknologi yang disyorkan dalam Projek Meningkatkan Potensi Hasil Padi Bukit diyakini mampu membawa hasil padi bukit menjadi entiti khusus kepada masyarakat di Sarawak.

Berbanding kaedah tanaman tradisional, pakej teknologi tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan potensi hasil padi bukit negeri ini, malah membantu meningkatkan pendapatan para petani.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Fadillah Yusof berkata pelaksanaan projek yang bermula September 2009 dan dijangka berakhir pada Ogos 2011 kini telah menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Menurut beliau, musim pertama projek adalah melibatkan seramai 31 peserta iaitu 27 orang dari Kampung Gahat Tebedu dan empat orang dari Kampung Sepadah Bau.

Sehubungan itu, katanya kajian bagi musim pertama itu telah menunjukkan purata hasil yang diperolehi bagi kedua-dua kawasan adalah meningkat.

“Projek di Kampung Gahat memperolehi hasil purata sebanyak 916 kg/ha berbanding hasil petak kawalan sebanyak 737 kg/ ha.

“Sementara di Kampung Sepadah telah berjaya memperoleh hasil sebanyak 2,021 kg/ha berbanding 1,419 kg/ha untuk petak kawalan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya melawat tapak projek di Kampung Gahat, di sini bagi meninjau perkembangan serta potensi hasil padi bukit menggunakan teknologi penanaman oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Selepas itu, beliau menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada para peserta projek dari Kampung Gahat, sebelum merasmikan mesin pelerai padi yang disumbangkan oleh MARDI.

Pelaksanaan Projek Meningkatkan Potensi Hasil Padi Bukit yang direalisasikan oleh MARDI adalah dibiayai dengan dana sebanyak RM1.3 juta di bawah dana TechnoFund MOSTI.

Pakej teknologi yang diperkenalkan dan digunakan dalam projek tersebut adalah melibatkan penapakan tanaman, pengurusan pembajaan, pengurusan rumpai, pengurusan penyakit dan perosak serta mekanisme penanaman dan penuaian.

Susulan peningkatan hasil daripada projek berkenaan, Fadillah berkata hasil kajian dan penyelidikan tersebut akan diaplikasikan kepada para petani yang terlibat dalam penanaman padi bukit di seluruh negeri.

“Hasil kajian dan penyelidikan yang diperolehi daripada projek ini nanti akan kami sampaikan kepada para petani di seluruh Sarawak, iaitu seramai lebih 80,000 orang, selain menumpukan kawasan-kawasan yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, katanya projek terbabit turut mengatasi pemusnahan alam sekitar oleh kaedah tradisional iaitu tebang dan bakar, selain penanaman berpindah-randah.

“Dengan mengamalkan teknologi yang diperkenalkan, petak padi bukit adalah lebih tersusun dan tidak berpindah-randah dan ini akan mengurangkan masalah pencemaran udara akibat pembakaran terbuka, selain kemusnahan alam sekitar,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) MARDI Datuk Dr Sharif Haron, Ketua Projek Meningkatkan Potensi Hasil Padi Bukit Dr Sariam Othman dan Ketua Pegawai Operasi Beras Corporation Sdn Bhd Sarawak Mohd Kamaluddin Mohd Effendie.

(sumber: http://www.theborneopost.com/?p=93297)

Friday, July 16, 2010

16 Julai, 2010 20:09 PM

Penyelarasan Subsidi, Langkah Berani Untuk Masa Depan -Najib

KUANTAN, 16 Julai (Bernama) -- Penyelarasan subsidi merupakan satu langkah berani yang diambil kerajaan bagi meletakkan ekonomi Malaysia di landasan kukuh pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, keputusan berkenaan bersifat jangka masa panjang yang bakal memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita mesti berani membuat keputusan yang bersifat meletakkan ekonomi negara di landasan lebih kukuh pada masa depan.

"Kalau kita fikir kesan jangka masa pendek sepanjang masa, maka kita bukan kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan sedemikian boleh membawa negara ke arah keadaan tidak menentu," katanya ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Negara di sini, hari Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, penyelarasan subsidi yang dilakukan kerajaan masih berpegang pada prinsip meminimumkan bebanan rakyat.

Katanya, rakyat negara ini sebenarnya masih membayar harga petrol, diesel, petroleum gas cecair (LPG) dan gula jauh lebih rendah berbanding negara jiran.

"Sebagai contoh, gula di Malaysia RM1.90 sekilogram, tetapi di Thailand RM2.60 sekilogram, Indonesia RM3.68 dan Filipina RM3.46," katanya.

Katanya, penyelarasan itu juga mempunyai hikmah kerana kebanyakan subsidi yang diberikan kerajaan bukan menguntungkan kumpulan sasar.

Najib berkata, dua pertiga subsidi bahan api ketika ini diperolehi golongan berpendapatan tinggi dan sederhana berbanding satu pertiga oleh golongan yang memerlukannya.

"LPG juga sebanyak 70 peratus merupakan mereka yang terlibat dalam perniagaan, hanya 30 peratus merupakan pengguna suri rumah," katanya.

Selain itu, katanya, penyelarasan subsidi gula pula dapat menangani masalah penyakit kencing manis yang menunjukkan trend berbahaya di negara ini.

Katanya, pada masa ini, 1.4 juta rakyat negara ini mengalami penyakit berkenaan yang memerlukan usaha bagi menanganinya.

Pada majlis berkenaan, Najib turut melancarkan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 yang bakal memetakan hala tuju gerakan koperasi sebagai enjin ketiga pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, bagi membantu koperasi dalam penyediaan modal untuk melaksanakan aktiviti ekonomi, kerajaan telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM100 juta melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada tahun ini.

Katanya, sebelum ini SKM telah menyediakan dana di bawah Tabung Modal Pusingan (TMP) berjumlah RM387 juta.

"Saya difahamkan SKM telah berjaya memberi pinjaman sebanyak RM668 juta kepada koperasi-koperasi," katanya.

-- BERNAMA

Prices of fuel, sugar higher now



RON 95, diesel 5 sen more per litre; sugar 25 sen and LPG 10 sen more per kg

KUCHING: The blogsphere was all wired up as early as 7.30pm yesterday on a raise in the prices of petrol, diesel, sugar and liquefied petroleum gas (LPG).

Prime  Minister: Datuk Seri Najib Tun Razak

Prime Minister: Datuk Seri Najib Tun Razak

Big name news portals with Kuala Lumpur datelines did not quote anyone but they were saying that all items would be selling higher after midnight.

A litre of RON 95 and diesel would sell 5 sen higher while a kilogramme of sugar would go up by 25 sen and LPG 10 sen.

RON97, meanwhile, would no longer be subsidised but would be subjected to a managed float, meaning the price would be determined by the automatic pricing mechanism.

According to the reports, prices after midnight (last night) would be: RON 95, RM1.85 per litre; diesel, RM1.75 per litre; sugar, RM1.90 per kg; and LPG, RM1.85 per kg.

The new LPG prices would be: RM25.90 from the previous RM24.50 for the 14kg cylinder, which is an increase of RM1.40; RM22.20 from the previous RM21 for the 12kg cylinder, which is an increase of RM1.20; and RM18.50 from the previous RM17.50 for the 10kg cylinder, an increase of RM1.

Meanwhile, an online national paper report quoted Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as saying yesterday that the government had to cut subsidies but with minimum impact on the people.

On May 27, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Idris Jala was reported to have said that Malaysia could go bankrupt if the government did not reduce subsidies while continuing to depend on loans.

Idris warned that Malaysia’s debt would increase to 100 per cent of its GDP by 2019 from the current 54 per cent if subsidies were not cut.

sumber: http://www.theborneopost.com/?p=48833

Sunday, February 14, 2010

Sarawak - SCORE

13 Februari, 2010 16:55 PM

SCORE Dapat Manfaat Daripada Pertambahan Peruntukan Perbelanjaan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Sarawak akan mendapat manfaat hasil daripada pertambahan peruntukan kerajaan ke atas projek-projek infrastruktur tahun ini terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharuinya (SCORE).

MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya berkata yang pembangunan SCORE khususnya akan memerlukan infrastruktur asas seperti jalan raya, empangan, jambatan dan landasan untuk menyokong industri berat serta tenaga hidro yang baharu.

"Kami menjangkakan lebih banyak kerja-kerja pembinaan akan diberikan kepada syarikat pembinaan tempatan dan kontraktor yang berpangkalan di Sarawak seperti Hock Seng Lee Bhd dan Naim Holdings Bhd yang akan menjadi benefisiari utama daripada pertambahan perbelanjaan pembangunan kerajaan di Sarawak," katanya.

MIDF Amanah juga berkata selain daripada itu, aliran masuk pelaburan asing langsung (FDI) yang positif ke negeri itu juga akan memberikan kesan pelbagai dan impak positif jangka panjang ke atas syarikat milik negeri Sarawak, terutamanya yang terlibat dalam sektor pembangunan.

Sejak satu bulan yang lepas, Sarawak telah menerima jumlah aliran FDI yang besar dari China termasuk projek peleburan usaha sama bernilai AS$1 bilion di Taman Perindustrian Similajau.

-- BERNAMA

Friday, February 5, 2010

naik hingga 140% - CAP

Beberapa harga barangan naik hingga 140% - CAP

06/02/2010 2:56pm

PULAU PINANG 6 Feb. – Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati harga beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, bawang putih menunjukkan kenaikan harga paling tinggi sejak November lepas iaitu dari RM2.50 sekilogram menjadi RM6 bagi kuantiti yang sama.

"Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati kacang dal malavi yang sebelum ini hanya RM4 sekilogram meningkat sehingga RM8, kacang hijau pula daripada RM3 sekilogram menjadi RM5 dan gula perang RM2 sekilogram naik RM1,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa peruncit juga turut mengadu bahawa pengedar dan pemborong telah memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa barangan lain seperti Milo, susu pekat manis dan rempah-ratus mungkin naik antara lima hingga 10 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sehubungan itu, katanya, CAP menggesa Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya memantau kenaikan harga barangan di negeri ini. – Bernama

PELIK TAPI BENAR

Shanghai Wonder: Bridge Made of Trash Collapses

In an absurd twist of fate and a rather distinct and unusual statement on the need to recycle, residents of Shanghai got the surprise of their life when earlier this month a major new bridge collapsed, revealing its components to be mostly rubbish and not concrete!

rubbish bridge1 Shanghai Wonder: Bridge Made of Trash Collapses picture

Spanning the Wusong River in central Shanghai, the river has represented an important shipping route since the 1930s, facilitating the transport of goods to the interior of China. The Suzhou River Road where the bridge is located has been designated as a protected heritage zone and has become the setting for Shanghai’s flourishing art scene.

rubbishbridge2 Shanghai Wonder: Bridge Made of Trash Collapses picture

Completed in 2009, the bridge replaced a much older one with a more modern design. It began to collapse after being in operation only a short period; just after Christmas, when cracks appeared in the structure. Some thought the ground might have become unstable or that it might have been the result of the inefficiency of the original construction company.

rubbishbridge3 Shanghai Wonder: Bridge Made of Trash Collapses picture

Subsequent inquiry revealed the latter to be the case. Styrofoam, bags of garbage, scrap wood and plastic waste were used as construction materials in the structure.

By using less concrete in the construction, results were completely counter- productive. Short-term savings were obliterated by the estimated costs of eliminating the rubbish and starting the construction all over again! This lack of foresight makes sense only if the sobriety of the construction company management was an issue (a fact which remains unknown).

Recycling has its place in our modern world, but this is ridiculous, not to mention extremely perilous if someone has the misfortune of enjoying the view of the river while standing underneath a girder weakened by Styrofoam and/or plastic!

trash bridge Shanghai Wonder: Bridge Made of Trash Collapses picture

What do YOU think about this?

http://www.weirdasianews.com/

Sunday, January 31, 2010

Sarawak Dapat RM3.4 Bilion

01 Februari, 2010 13:58 PM

Sarawak Dapat RM3.4 Bilion Bagi Projek Jalan, Bekalan Elektrik Bawah NKRA

SIBU, 1 Feb (Bernama) -- Sarawak akan menerima RM1.7 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan raya dan sebanyak RM1.7 bilion lagi untuk melaksanakan projek bekalan elektrik di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata negeri itu juga akan mendapat RM9 juta untuk melaksanakan projek bagi bekalan air dirawat.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pembangunan bagi kawasan Lanang yang disampaikan oleh anggota Parlimen kawasan itu Datuk Tiong Thai King, di sini malam tadi, katanya negeri itu juga akan mendapat RM100 juta bagi projek perumahan.

Mohd Shafie menjelaskan kosnya 10 kali lebih mahal bagi pelaksanaan projek infrastruktur di Sarawak berbanding di semenanjung berikutan keadaan muka bumi yang sukar dan tanah lembut di banyak tempat.

"Sebagai contoh, dalam pembinaan jalan raya, kontraktor perlu mengatasi masalah tanah lembut di banyak tempat. Mereka perlu memasang cerucuk bagi mengukuhkan jalan. Mereka perlu menghantar alat jentera dan bahan binaan di jarak yang jauh dengan muka bumi yang sukar, yang menyebabkan kos meningkat," katanya.

Dalam melaksanakan projek bekalan elektrik di kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah, dianggarkan kira-kira 40 juta meter kabel diperlukan, katanya dan menurutnya ini untuk mendapatkan bekalan itu sahaja sudah merupakan satu tugas sukar.

Mengenai penyelenggaraan jalan raya di kawasan luar bandar, katanya kerajaan akan merumuskan mekanisme di mana syarikat-syarikat pembalakan, yang kenderaan berat mereka turut menggunakan jalan berkenaan, akan diminta membantu dalam membiayai kos penyenggaraan.

Mohd Shafie dijadual mengakhiri lawatan tiga hari beliau ke kawasan pedalaman Sarawak Isnin dengan melawat rumah panjang Iban, Rh Melitang di Sungai Gaat, Balleh, kira-kira tujuh jam perjalanan dengan bot dari pekan Kapit.

-- BERNAMA

Friday, October 30, 2009

assemblymen increase "quota" of wives by wedding single mothers!

Call to award Malay assemblymen who increase "quota" of wives by wedding single mothers!
Malaysia Sun
Thursday 29th October, 2009
(ANI)


Kota Baru (Malaysia), Oct. 29 : In a bid to address the problem of single mothers, the Women, Family and Health Committee chairman of

Malaysia's Kelantan state has suggested that those assemblymen who marry single mothers should be awarded.

Wan Ubaidah Omar's suggestion drew support from backbenchers, who started thumping their palms on the table.

She said assemblymen could increase their "quota" to help single mothers who had young children to care for.

"What I meant by 'quota' is adding the number of wives," The Star quoted Omar, as saying.

Referring to records, she said there were 16,500 registered single mothers below 60 in Kelantan.

She said one of the dilemmas facing single mothers in Malaysia was that many of them could not register with the Welfare Department or related agencies because their husbands had left them without filing any divorce.

The state government spends 2 million ringgits annually for the welfare of single mothers who have no other source of income, she dded.

Sunday, August 2, 2009

Pembalakan jejaskan sumber makanan




Pembalakan jejaskan sumber makanan
Oleh Saibi Gi

Kekurangan makanan di kalangan

penduduk Penan Ulu Belaga kesan aktiviti tersebut

KUCHING: Kekurangan makanan di kalangan penduduk Penan di enam kampung, Ulu Belaga adalah antara kesan daripada aktiviti pembalakan yang berleluasa, kata Menteri Kemajuan Tanah Dato Sri Dr James Masing.

Menurut beliau komuniti itu bergantung kepada hutan sebagai sumber utama untuk mendapatkan makanan, sama ada tumbuhan atau haiwan.

“Pada masa lampau, kaum Penan boleh hidup (tidak kebuluran) kerana alam sekitar tidak diganggu oleh aktiviti pembalakan.

“Makanan seperti pokok sagu liar boleh didapati dengan banyak dan mudah, tetapi sejak kebelakangan ini ia agak berkurangan akibat aktiviti pembalakan berleluasa di kawasan perburuan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun pada Khamis lepas berkata kira-kira 3,000 orang Penan diancam kebuluran ekoran tanaman mereka musnah dirosakkan binatang liar.

Mereka dikatakan terpaksa mencari sumber makanan dari hutan tetapi tidak memadai.

Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata kekurangan makanan di kalangan komuniti itu juga mungkin boleh dikaitkan dengan penebangan hutan untuk pembukaan ladang kelapa sawit.

Hutan yang tidak diganggu oleh aktiviti pembalakan dan perladangan katanya merupakan ‘pasar’ bagi mendapatkan sumber-sumber makanan.

Beliau mengesyorkan agar hutan di kawasan berhampiran penempatan kaum Penan tidak ditebang.

“Sekarang kita perlu lihat apakah cara terbaik bagi membantu mereka untuk jangka masa panjang,” katanya.

Jumlah sebenar yang dilanda masalah kekurangan makanan menurut beliau ialah kira-kira 1,000 orang.

Tetapi beliau khuatir jumlah itu akan bertambah jika tidak ada bantuan dihulurkan segera.

Kerajaan menurut beliau kini sedang berusaha menghulurkan bantuan makanan.

Selain itu PRS katanya kini sedang mengumpul bantuan.

“Dalam beberapa hari lagi kita akan menghantar bantuan makanan dengan bantuan tentera untuk menerbangkannya,” katanya.

(sumber Borneopost online)

Thursday, July 30, 2009

Amanah Saham 1 Malaysia


PM lancar Amanah Saham 1Malaysia

31/07/2009 11:39am

KUALA LUMPUR 31 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dengan saiz dana 10 bilion unit.

AS1M akan dibuka untuk langganan mulai 5 Ogos hingga 3 September 2009.

AS1M diperuntukkan sebanyak 50 peratus untuk bumiputera, 30 peratus untuk kaum Cina, 15 peratus untuk kaum India dan lima peratus kepada kaum-kaum lain.

Selain itu, sebanyak 100 unit akan diberi secara percuma kepada hampir 50,000 pelajar tahun satu peringkat ijazah pertama di institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi pengajian 2009. - Utusan

Tuesday, July 21, 2009

1DAERAH 1INDUSTRI

(Upacara Memotong Ribon Di Tapak Bengkel Kraft Tangan)

(Upacara 'Miring' di Tapak Bengkel Kraft Tangan)


( Encik Wan Yusof B Wan Abdullah, Pengarah
, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Kuala Lumpur

(Pameran Kraft Tangan)



( KraftTangan yang dipamer semasa Majlis Memecah TapakBengkel Kraft Tangan)

1DAERAH 1 INDUSTRI

Pada 21/7/2009
Sebuah Majlis Memecah Tanah telah berlangsung di Rumah Rami ak Sandai, Sg. Meradong oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Daerah Meradong . Projek yang menelan kos RM246,500-00 apabila siap nanti akan menguntung penduduk-penduduk di kawasan ini dan pendapatan isi keluarga akan bertambah.
Ini adalah Projek yang KEDUA di Negeri Sarawak yang ditaja oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Kuala Lumpur.
Penduduk-penduduk di kawasan ini amat bertuah dan terharu sebab telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebagai 1Daerah 1 Industri iaitu mengeluarkan hasil Kraft Tangan.
Turut hadir di Majlis adalah Pn. Khatijah Bt. Ahmad dari Sarawak Development Offfice(SDO), Kuching, Pn. Pamela, SDO, Sibu, Wakil Pegawai Daerah Meradong SAO En. Godfrede Valintine dan SAO Poly Tugun.

Thursday, May 14, 2009

Rumah Panjang Kebakaran


( Sumber Bekalan Air Parit untuk Bomba )

( Punca Kebakaran masih dalam siasatan )

( Impian untuk Perayaan Hari Gawai Kini Musnah )


( Mangsa Kebakaran )


Rumah Panjang Yang Cantik Dahulu Kini Tinggal Kenangan


Sebuah Rumah Panjang Rh. Pitre Ambit ak Tayup , 18 KM dari Bintangor telah terbakar kira jam 11.00 malam pada 14/5/2009.
Dua buah Jentera Bomba sebuah dari Sarikei dan sebuah dari Bintangor tiba di tempat kebakaran kira-kira setengah jam selepas menerima panggilan kecemasan.
Rumah Panjang yang mempunyai 17 pintu dan seramai 100 lebih 'anakbiak-anakbiak' mengelami ribuan ringgit kerugian. Kebanyakkan penduduk-penduduk Rumah Panjang tidak dapat menyelamatkan harta pusaka dan dokumen penting sebab api marak dengan pantas sebab cuaca kering dan ribut semasa kejadian itu berlaku. Tiada kehilangan nyawa berlaku semasa kebakaran.
Ketiadaan Pili Bomba berdekatan Rumah Panjang memaksa Bomba mengunakan Air Parit tetapi tidak mencukupi sebab parit cetik dan cuaca panas.
Pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikkan Dan Pejabat Daerah Sarikei juga berada di lokasi kebakaran untuk memberi bantuan.
YB En. Ding Kuong Hiing , Ahli Parlimen Sarikei dan ahli-ahli SUPP Sarikei berada di tempat kebakaran dan Yang Berhormat memberi derma peribadi kepada mangsa-mangsa kebakaran Rh. Pitre Ambit ak Tayup.
Sekarang mangsa-mangsa kebakaran menumpang dengan sanak saudara dan Rumah panjang berdekatan.
Sebarang pertolongan atau bantuan boleh disalurkan kepada Pejabat Daerah Sarikei untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran.

Monday, April 20, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Semata-mata untuk Puih Ekonomi















" "Antara penerima faedah utama (pakej rangsangan) adalah syarikat-syarikat BESAR yang boleh membuka peluang pekerjaan dan perniagaan serta pada masa sama mengelakkan pemberhentian pekerja. Apabila mereka kembali pulih, syarikat-syarikat ini boleh membayar cukai kepada kerajaan. "

(Limaudong said: Berharap YB ingat kepada jaminan yang dijanjikan kepada penduduk luar bandar bahawa kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kebajikan rakyat semasa keadaan sukar sekarang. )

Sunday, March 8, 2009

70000 Bangla

70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia

08/03/2009 1:25pm

KUALA LUMPUR 8 Mac — Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini.

Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya.

(Limaudong: Kita berharap Kementerian Sumber Manusia Malaysia menjaga periuk nasi orang Malaysia sebab seramai 70000 bangla akan menimbul banyak masalah sosial kepada penduduk-penduduk tempatan. Berilah keutamaan kepada rakyat Malaysia dahulu . Betulkah kita rakyat tempatan pemalas, tidak rajin dan engkar arahan. Yang penting dengan adanya 70000 perkerja bangla mereka akan menghantar wang berjuta-juta balik ke Bangladesh dan ekonomi Malaysia yang akan terjejas, rakyat terjejas dan hilang perkerjaan sebab kita terlalu MANJAKAN perkerja asing. Fikirlah betul...betul...)