Wednesday, June 22, 2011

Bantah " BERSIH 2

Ramai pihak bantah perhimpunan haram 9 Julai

22/06/2011 2:44pm

PETALING JAYA 22 Jun - Banyak pihak membantah perhimpunan haram 9 Julai ini dan Polis Selangor telah menerima 53 laporan polis dari seluruh negeri yang membantah perhimpunan itu setakat ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, laporan-laporan tersebut diterima daripada semua golongan termasuk orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemandu teksi yang menyatakan tidak puas hati dengan perhimpunan haram itu.

"Kita terima semua laporan sejak awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada lima anggota polis yang berjaya memberkas suspek kes samun, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.

Beliau juga mengingatkan masyarakat terutama di Selangor supaya tidak menyertai perhimpunan yang tidak mempunyai permit itu.

"Saya nasihatkan rakyat Selangor atau mereka yang hendak melalui Selangor untuk ke Kuala Lumpur supaya jangan pergi ke KL (Kuala Lumpur) pada hari berkenaan,” katanya. - Bernama

(SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info)

No Way ??????

Ali: ‘Me joining SPDP? No way’

Posted on June 21, 2011, Tuesday

Ali Biju

KUCHING: Krian assemblyman Ali Biju has rubbished rumours that he was prepared to jump to the Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP).

He said he was a staunch Parti Keadilan Rakyat (PKR) man and that was where he would remain. Ali also made it clear that he did not speak to anybody when enquired if he ever spoke to SPDP president Tan Sri William Mawan regarding the (jump) matter.

“No, it’s not true. I have not spoken to him,” he told reporters after the swearing-in ceremony at the State Legislative Assembly complex here yesterday.

On another matter, he stressed that the opposition elected representatives would not behave like a monkey during the DUN sitting, highlighting that all members would participate in the sitting with utmost respect.

“Believe me, we will not behave like monkeys. In fact, nobody would treat the august House as rubbish. What have been said by others before are mostly of their own interpretation,” Ali explained.

This could be interpreted as a response to PRS president Tan Sri James Masing who recently challenged the effectiveness of the opposition’s so-called shadow cabinet during the State Legislative Assembly (DUN) sitting.

Masing who is also Land Development Minister stated that the sitting would be interesting to watch, especially on whether the shadow cabinet could live up to its billing.

“Shadow cabinet is supposed to be a training ground for what would be the government in-waiting, and whether they behave like a government. If they behave like gentlemen, we will have gentlemen in the next government. Behave like a monkey, we will have a monkey in the government,” he told reporters after State’s BN pre-council meeting here on Sunday.

Ali also dismissed the giant-killer label after his strong showing in the recent state election where he garnered 5,178 votes to defeat SPDP deputy president Datuk Peter Nyarok Entrie by 2,090-vote majority.

“My victory in Krian was down to the voters who dared and wanted change. This victory is for the people. Therefore, labeling me a giant-killer is an over statement,” he explained, adding that he was happy with his victory.

Ever-ready to serve the people, Ali stated that in this ongoing sitting, he would pose 10 questions and hoped that all would be answered by the relevant ministers.

“So far, all the questions that I’ve submitted are not rejected. I expect all the questions to be answered,” he said.

As this is his first term as an elected representative, he said he was very excited and eager to participate with the going-on and happenings in the sitting.

(Sumber: http://www.theborneopost.com/2011/06/21/ali-)

Taib jawab dakwaan rasuah

Taib jawab dakwaan rasuah

Posted on June 22, 2011, Wednesday

KM buat kenyataan rasmi hari ini yang bakal mengejutkan pembangkang

KUCHING: Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjelaskan beliau akan membuat kenyataan rasmi pada hari ini (22 Jun) berkenaan dengan dakwaan rasuah yang dikaitkan de-ngan beliau.

Namun Taib yang ditemui pemberita semalam tidak mengulas lanjut bagaimana cara beliau menangani isu me-ngenai tindakan yang dibangkitkan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ya, saya akan membuat kenyataan rasmi esok (hari ini), pembangkang mengambil langkah yang salah. Apapun ada kejutan esok (hari ini),” katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Sallahuddin di sini, semalam.

Pada 9 Jun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan SPRM sedang menyiasat Taib berkenaan kes rasuah pembalakan.

Abu Kassim berkata demikian ketika mengulas me- ngenai pertanyaan sama ada SPRM akan mengendalikan tindakan yang sama seperti Swiss Anti-Corruption Agency, yang baru-baru ini membekukan aset Taib berhubung rasuah pembalakan.

Sementara itu pada satu sidang media yang diadakan baru-baru ini Speaker DUN Sarawak Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar menjelaskan pada per-sidangan DUN kali ini dua usul yang dikemukakan.

Kedua-dua usul berkenaan adalah dari ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri dan salah satu daripada usul berkenaan, mengenai siasat-an SPRM terhadap Pejabat Ketua Menteri.

(sumber: http://www.theborneopost.com/2011/06/22/taib-jawab-dakwaan-rasuah/)

Kekurangan Wakil Rakyat Cina

Kekurangan wakil rakyat Cina sukarkan tubuh kabinet baru

Posted on June 22, 2011, Wednesday

KUCHING: Kekurangan wakil rakyat Cina diakui menjadi kesukaran dalam menubuhkan barisan kabinet negeri baru.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata ia ekoran daripada kekalahan besar kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada pilihan raya negeri lepas yang tewas 13 daripada 19 kerusi, dengan empat daripadanya ialah kerusi wakil rakyat Bumiputera.

“Sebenarnya ya (kepayahan) tetapi dari segi politik kadang kala ada pahit manisnya dan apa yang penting saya mahu ada cara lain lebih baik untuk menggalakan penyertaan kaum Cina dalam kerajaan.

“Ia amat penting kerana secara asasnya saya mahukan Sarawak sentiasa menjadi nege-ri pelbagai kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidang-an Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Sallahuddin di sini, semalam.

Berhubung rombakan kabinet baru, Taib menjelaskan beliau memerlukan sedikit masa untuk mengkaji situasi politik semasa sebelum membuat rombakan sedia ada.

“Biar saya memikirkan ia dengan sebaiknya. Saya perlu mengkaji (keadaan politik semasa) dengan baik. Situasi kini agak kompleks.

“Perkara utama yang saya amat bimbangkan kini ialah, bagaimana saya akan mencari peluang bagi membolehkan wakil rakyat Cina meluahkan suara mereka dengan lebih selesa,” katanya.

Sementara itu menjawab pertanyaan mengenai susunan kerusi, yang mana Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing kini duduk di kerusi bekas timbalan ketua menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dalam susunan kedudukan kerusi DUN, sekali gus mengaitkan Masing sebagai timbalan ketua menteri yang baru, Taib berkata perkara itu hanya spekulasi.

“Ia hanya spekulasi.., sama ada kita mempunyai seorang atau tiga atau empat timbalan ketua menteri, saya tidak tahu.

“Biar kita lihat dulu penstrukturan semula kabinet,” katanya.

Ditanya sama ada jawatan timbalan ketua menteri itu diperuntukan kepada SUPP, Taib menjelaskan: “Kita lihat apa yang akan berlaku. Saya perlu berbincang dengan menteri kabinet lain dalam pelbagai cara.”

(sumber: Borneopost)