Thursday, September 18, 2008

Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu

Sarawak Corridor of Renewal Energy (SCORE) atau Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharu
----------------------------------------------------------------------------------------------
Pada 11/2/2008 Negeri Sarawak adalah koridor ke 5 dilancar oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Dengan perlaksanaan SCORE ini adalah merupakan projek pembangunan koridor yang bertujuan meningkat ekonomi negeri Sarawak di Malaysia . SCORE ini juga dapat merapatkan jurang pendapatan penduduk diluar bandar. Score juga dapat menumpukan pada penggunaan optimum tenaga asli yang sedia ada di Sarawak menerusi pembangunan industri seperti tenaga. Sarawak mempunyai banyak sumber semula jadi seperti kuasa hidro, arang batu, & tenaga solar.
Banyak impak pembangunan score seperti (1) Peningkat Pelaburan (2) Pembasmian Kemiskinan (3) Pembangunan Seimbang (4) Peluang Berkerja (5) Sektor Pelancongan (4) Pembangunan Modal Insan dan (6) Peluang Perniagaan dan Perusahaan yang akan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Bumi kenyalang yang indah dan damai ini. SCORE juga dijangka dapat menarik pelaburan kira-kira RM350 billion untuk membolehkan ia dibangunkan dan visi 2020 dapat dicapai.
Semua ini adalah rancangan Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi manfaat kepada semua rakyat. Kita mahu Sarawak maju tepat pada masanya menjelang 2020.
Saya menyeru kepada semua sentiasa menyokong kerajaan BN dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud.

No comments: