Wednesday, July 6, 2011

STADIUM MERDEKA TEMPAT MENCAPAI KEMERDEKAAN

HARAM 2.0: STADIUM MERDEKA TEMPAT MENCAPAI KEMERDEKAAN DAN BUKANNYA TEMPAT PERHIMPUNAN HARAM BERSIH 2.0





Perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu

Jangan cemarkan sejarah Stadium Merdeka sebagai tempat melafazkan perkataan MERDEKA pada 31 Ogos 1957.

Diberitakan pertubuhan haram BERSIH 2.0 bercadang menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat untuk mengadakan perhimpunan haram setelah cadangan asal mendapat bantahan banyak pihak.

9 Julai 2011, tarikh yang akan berlangsungnya perhimpunan haram. Cadangan menggunakan Stadium Merdeka seharusnya ditolak sekeras-kerasnya oleh Perbadanan Stadium Merdeka bagi menjaga nama baiknya. Janganlah hanya kerana perhimpunan haram, nama dan sejarah Stadium Merdeka akan terjejas dan menjadi buruk.

31 Ogos 1957

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang sebelum ini menolak sekeras-kerasnya untuk mengadakan perhimpunan haram di stadium akhirnya terpaksa akur dengan keputusan S. Ambiga sebagai pengerusi penganjur setelah mendapat perhatian daripada Yang di-Pertuan Agong.

Bagi merealisasikan hasrat Khalid Ibrahim, sebagai Menteri Besar Selangor yang dikuasai Pakatan Pembangkang telah mencadangkan agar perhimpunan haram itu diadakan di Staidum Shah Alam, Selangor. Andai ini berlaku maka Stadium Shah Alam akan mencatat sejarah sebagai stadium pertama yang mengadakan perhimpunan haram.

Stadium Shah Alam Selangor

Cadangan mengadakan perhimpunan haram BERSIH 2.0 di Stadium Merdeka perlu juga difikirkan banyak kali oleh kerajaan dan perbadanan stadium. Selain tempatnya di tengah-tengah Kuala Lumpur, peserta perhimpunan haram masih boleh mengadakan mini perhimpunan di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun kapisitinya tidak ramai namun dijangka rusuhan dan perarakan jalanan pasti akan berlaku walaupun ianya dikawal polis.

Umum mengetahui, emosi ahli-ahli pembangkang ini sangat tebal bencinya dengan kerajaan yang selama ini menjaga kebajikan dan ketenteraman negara. Sikap tidak mengenang jasa pemimpin sekarang oleh ahli-ahli pakatan pembangkang sememangnya masih tersemat sejak dahulu lagi terutama pemimpin DAP.

Justeru, sewajarnya perhimpunan haram haruslah diadakan di Stadium Shah Alam yang mempunyai kapisiti yang besar dan kawasan sekelilingnya yang luas. Selain akan diadakan di negeri Pakatan Pembangkang, Khalid Ibrahim juga boleh menyertainya setelah sebelum ini menyatakan beliau tidak akan hadir di perhimpunan haram itu kerana takut ditangkap polis.

Read more: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2011/07/haram-20-stadium-merdeka-tempat.html#ixzz1RMvZVl4f

No comments: