LIM GUAN ENG KETUA AGAMA ISLAM PULAU PINANG???
Nama LIM GUANG ENG dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat? Menggantikan nama nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin … INI MEMANG DAH MELAMPAU!!!
Inilah  pemerintahan Pakatan Rakyat… Mana PAS yang selama ini menegakkan agama  Islam… Oh TIDAK, sekutu rapat kena pertahankan. Agama no 2, yang penting  kepentingan politik kena jaga..
Menjadi  kebiasaan mana-mana negeri, khutbah solat Jumaat dibacakan doa untuk  KETUA NEGERI (bukannya Ketua Menteri) atau KETUA AGAMA ISLAM yakni  merujuk Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri dan Yang Di-Pertuan  Agong.
Nampaknya  nama Lim  Guan Eng telah ‘dinaiktaraf’ sebagai nama ketua agama Islam  sedangkan dia bukan beragama Islam… Lim Guang Eng ni nak jadi ketua  agama Islam di Pulau Pinang???… Apakah penduduk Pulau Pinang tidak sakit  hati?
Tindakan  menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang  di-Pertuan Agong sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain  di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.
Dalam  mengulas isu ini, Majlis Agama Islam Pulau Pinang menafikan pihaknya  ada mengeluarkan arahan atau menyediakan sebarang teks baru supaya nama  Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah solat Jumaat  bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal  Abidin.
Sekiranya  ini terjadi, ia adalah berdasarkan pada kehendak individu itu sendiri  dan tidak ada kaitan dengan MAIPP. Wah, senangnya jawapan MAIPP ni!  Kenapa MAIPP membiarkan sahaja perkara ini terjadi, sedangkan MAIPP yang  bertanggungjawab menulis, mencetak dan mengeluarkan teks khutbah bagi  negeri Pulau Pinang untuk kegunaan setiap masjid ketika sembahyang  Jumaat.
MAIPP  kata mereka belum terima aduan dan laporan yang menyatakan nama Lim  Guan Eng dimasukkan ke dalam khutbah. Kalau terima laporan pun adakah  MAIPP akan siasat? Atau, ambil dan simpan sahaja sebab ia melibatkan  Ketua Menteri Pulau Pinang. Kalau tidak kerana pendedahan UMNO, adakah  MAIPP akan keluarkan kenyataan untuk siasat perkara ini. MAIPP nak  sangat UMNO tunjukkan bukti bahawa nama Lim Guan Eng dimasukkan di dalam  teks khutbah.
Dua  ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan  berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa  khutbah solat Jumaat. 
Mereka  ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud  dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.
Hamir  mengakui nama Lim Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan,  Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25  Jun lalu.
Beliau  turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal  Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun  lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua  agama Islam di Pulau Pinang.
''Nama  Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan  bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau  permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah,"  katanya.
Hamir  menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng  dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah  supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk  memeluk Islam.
Inilah  dia Melayu Islam yang bersekongkol sehingga sanggup TIDAK menyebut nama  Yang Di-Pertuan Agong, tetapi ‘mengangkat’ nama LIM GUAN ENG. Dia  beragama Islamkah? 
Melihat  keadaan ini, pastinya DAP khususnya Lim Guan Eng tersenyum lebar kerana  hasratnya untuk memecahbelahkan rakyat Pulau Pinang telah berjaya. Ini  memang dah SANGAT MELAMPAU!!!!!
 6:53:00 AM
 6:53:00 AM  WIRA KENYALANG™
 WIRA KENYALANG™  
 
 
No comments:
Post a Comment