Monday, January 30, 2012

Subsidi gula ditambah bukan kerana PRU13
Langkah kerajaan meningkatkan subsidi gula daripada 20 sen sebelumnya kepada 54 sen bertujuan mengurangkan bebanan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ismail sabri universiti malaya 161111Beliau berkata, dakwaan yang dilemparkan pembangkang kononnya ia bertujuan memancing sokongan rakyat kerana pilihan raya umum (PRU) dijangka tidak lama lagi merupakan satu tohmahan.

"Itu adalah tohmahan pembangkang dan ia tidak betul kerana ia tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Berahari ini.

Jumaat lalu, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.

Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.

Menteri itu berkata, sekiranya subsidi gula tidak dinaikkan, harga bahan mentah itu akan meningkat di pasaran dan ia akan turut mengakibatkan kenaikan harga produk-produk lain.

- Bernama
(Sumber: Malaysiakini)

PERKASA dakwa tiada niat hina Cina
PERKASA dakwa tiada niat hina Cina
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menjelaskan mereka tiada niat menghina kaum Cina dengan memberikan angpow menggunakan sampul putih dalam majlis sambutan tahun baru kaum itu di Kuala Lumpur semalam.

NONESetiausahanya Syed Hassan Syed Ali (kiri) berkata, pihaknya tidak tahu bahawa warna putih digunakan untuk upacara kematian dan mereka menyangka putih bermakna suci atau ikhlas.

"Sebab itu kami tidak tukar kepada warna lain sdebab PERKASA tidak tahu sampul warna putih untuk majlis kematian.

"Kalau kami tahu, kami tidak gunakan sampul warna putih. Kami ikhlas dengan apa yang kami lakukan dan tiada niat lain," jelasnya.

Sehubungan itu, menurut Syed Hassan, sesuatu tempat memerlukan masyarakat majmuk supaya mereka saling faham memahami antara satu sama laim.

"Sekarang bila sudah adakan majlis seperti itu baru kita faham. Kita tidak ada niat untuk tujuan lain apa lagi menghina, katanya lagi.

perkasa open house 290112 1Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hasan berkata, amat malang apabila wartawan yang membuat liputan rumah terbuka mereka lebih suka mengetengahkan isu itu daripada menyiarkan berita tentang keharmonian yang terbina dalamnya.

"Apa pun ramai juga rakan-rakan rapat PERKASA dari kalangan kaum Cina yang hadir semalam tidak pun beritahu hal itu dan mereka yang menerimanya tidak pula pertikaikan," katanya.

(Sumber: Malaysiakini)

BN kunci kejayaan kaum Cina

BN kunci kejayaan kaum Cina

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Nikmat keamanan dan kestabilan negara di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kunci utama kejayaan masyarakat Cina meraih kekayaan di negara ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Penganut Dewa Teoh Kong Seng, Roger Hia Lim Koaa berkata, mereka harus menghargai segala nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Berkat kestabilan dan keamanan yang berjaya dilaksanakan oleh kepimpinan BN, maka masyarakat Cina dan pelbagai kaum lain boleh hidup dalam keadaan makmur dan harmoni, sekali gus menjadi lubuk mencari rezeki serta meraih kekayaan tanpa sebarang halangan.

“Begitu juga dengan kecekapan kerajaan BN menarik pelaburan asing oleh menyebabkan segala peluang ekonomi dan peluang pekerjaan terbuka luas kepada rakyatnya untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya. Jadi, yang mendapat habuannya ialah kita semua,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa menghadiri Kempen Sayangi dan Mendoakan Kesejahteraan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Roger berkata demikian ketika mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam perutusan Tahun Baru Cina baru-baru ini bahawa masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kegagalan kepimpinan BN dan menyeru orang ramai agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN.

Kempen tersebut turut diisi dengan majlis pemberian sumbangan berupa katil, mesin basuh, lampin dan kerusi roda kepada badan-badan kebajikan sekitar Lembah Klang iaitu Rumah Kebajikan Care, Pertubuhan Kebajikan Wanita Ikhlas Selangor, Pertubuhan Belia Kristian (YMCA) Kuala Lumpur dan Rumah Orang Tua Ampang.

Turut hadir Naib Presiden Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Gary Chan Pin Wah; Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Bukit Bintang, James Leow dan Setiausaha BN Parlimen Bukit Bintang, Frankie Gan Joo Zin.

Sementara itu, Gary berkata, pihaknya menolak segala tindakan pihak-pihak tertentu yang cuba menghancurkan keharmonian di negara ini dan menyifatkan perhimpunan haram berunsur politik hanya menimbulkan pelbagai sentimen yang merugikan rakyat.

“Kami menyeru para graduan agar membalas segala jasa baik kerajaan yang memberikan kemudahan pendidikan termasuklah pinjaman melanjutkan pelajaran,” ujarnya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp