Monday, April 30, 2012

Sunday, 29 April 2012 09:50

Nik Aziz ucap tahniah kepada peserta Bersih 3.0

KOTA BHARU-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada rakyat yang telah berjaya menyertai Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.
Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’.
Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Melbourne, Makkah, Madinah, Mesir turut menganjurkan bersih di tempat masing-masing.
“Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil.
“Rakyat Malaysia telah cerdik, pandai dan terdiri dari golongan intelek, jadi kerajaan tidak boleh lagi berterusan melakukan ketidakadilan dalam SPR, apa lagi untuk berterusan memenangkan kerajaan Umno dan BN,” ujarnya.
Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa di negara ini turut berhimpun untuk menjayakan Bersih 3.0.
Katanya, mereka hadir beramai-ramai bukan atas bangsa, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan tuntutan Bersih 3.0 yang ternyata telah berjaya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.
Katanya, sekiranya Tunku Abdul Rahman Putera Al-haj masih hidup, sudah tentu allahyarham akan menyokong tuntutan Bersih kerana menyedari ketidakadilan banyak berlaku dalam SPR.
“Lagipun sebelum ini allahyarham turut menyokong perjuangan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), kerana menyedari perjuangan Umno kini sudah menyimpang dari perjuangan sebenar,” ujarnya.
-Harakahdaily
Sunday, 29 April 2012 09:56

HAHA! Demo Bersih gagal, tak sampai 4,000 yang berdemo

Wartawan utusan malaysia
yang mengekori tunjuk perasan bersih 3.0
mendapati bahawa demo ini telah gagal
hanya 3547 orang peserta telah turun berdemo
heboh heboh tentang ibu segala demo ini telah meleset
kebanyakan yang datang berdemo diupah
dan diberi nasi bungkus
mereka yang datang berdemo
mengikut laporan polis dan dbkl
ialah 2000 orang lelaki china
1000 lelaki india
500 lelaki melayu
40 orang wanita melayu yang telah disewa
7 orang lagi ttidak diketahui jantan atau betina
-Tukar Tiub
http://bm.malaysia-chronicle.com/index

Sng and Wong desperate politicians, says Julau MP

Posted on May 1, 2012, Tuesday
ON SOLID GROUND: Salang (standing front second left) with his supporters during a function at Rumah Rachak Padang in Nyalak Ladong, Pakan, on Saturday.
SIBU: Julau MP Datuk Joseph Salang Gandum has described the relationship between Meluan assemblyman Wong Judat and Sarawak Workers Party (SWP) prime mover Datuk Sng Chee Hua to oust him in the coming 13th general election as an “unholy matrimony”.
He said the whole episode showed that SWP was desperate since they resorted to securing the help of a “desperate politician” like Wong.
“Good luck to them. I think he (Wong) has every reason to be frustrated because he was by-passed from being appointed an assistant minister.
“If he is good enough to be assistant minister, I am sure he would be recommended by the president of his party (BN coalition partner SPDP),”
Salang told reporters here yesterday.
He was asked whether the Sng-Wong tag team could spoil BN’s chances of retaining Julau in the coming polls.
“I leave it to the constituents in Julau to judge whether I have performed as their MP over the past 12 years.”
Last Saturday, Wong, who was the guest-of-honor at a dialogue session organised by SWP at Rumah Budul Engga in Nanga Entabai, Julau, allegedly criticised Salang for practicing favouritism in the distribution of projects in the constituency.
Wong was also reported to have called Salang a ‘leech’ and predicted that he (Salang) would lose.
To this, Salang, who is also Deputy Minister of Information, Communication and Culture, said it showed what type of person Wong was.
“Personally, I would not want to retaliate and stoop as low as him (Wong).
“But if he continues with his remarks, so much so that they bother on being libellous, then I will have to think about what I need to do next.
“I think he is more of a problem to his party than to me. As far as I am concerned, I will continue to serve my constituents and leave it to them to judge if I am doing the right thing or not.
“Any allegations by him or any party to say that I divert funds from my constituency to my own hometown or longhouse are all lies.
“Anybody who knows even a little bit about how projects are implemented would know that it (diversion of project fund) is not possible.
“So, let the public judge for themselves whether that person is being honest or he is just showing how ignorant and stupid he can be.”
Salang advised voters in Julau not to be swayed by the sweet talks of SWP otherwise they risked being laughed at by their children or grandchildren later on.
On claims by SWP that it had the blessings of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Salang said it was untrue.
“There is no such thing in BN to kill its own component party.”
Monday, 30 April 2012 18:27

Ramalan RAHMAN dan Perdana Menteri Malaysia terakhir dari Umno

Written by  Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


Seperti novel terlaris karya Dan Brown, The Da Vinci Code, ahli –ahli Umno mempunyai jawapan rahsia untuk meramal siapa bakal presiden parti dan seterusnya perdana menteri Malaysia. Ia di panggil ramalan RAHMAn. Apabila ada kemusykilan siapa pemimpin yang lebih baik yang patut mengganti kan sesorang, 6 huruf ini akan di rujuk dan digunakan untuk menyokong hujah dan sebagainya.
Pada masa ini, presiden Umno ialah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri Malaysia ke 6. Jelas berdasarkan code RAHMAN, Najib bakal menjadi ‘Pu Yi’, iaitu maharaja terakhir China.Walaupun beliau bukan presiden parti terakhir, ramai rakyat Malaysia termasuk ahli Umno yang percaya beliau akan menjadi PM Umno yang terakhir untuk Malaysia.
Kononnya kepercayaan karut ialah alasan utama populariti ramalan RAHMAN. Tapi satu lagi pemangkin utama kepada kepercayaan tersebut ialah apabila sampai ke huruf akhir’N’, kuasa Umno sebagai entiti yang dominan dalam politik Malaysia akan semakin luntur semakin jelas dengan kurangnya pemimpin pelapis dalam parti itu. Kekurangan bakat dalam Umno sangat jelas hingga kepada orang luar. Sejak berdekad yang lalu, golongan pemimpin elitis menutup pintu persendirian yang paling dalam, menghalang kemasukan lain kecuali kepada keluarga2 politik-seperti keluarga Mahathir,Najib dan sepupunya Hishammuddin Hussein.
Mahathir menepati ramalam yang PM ke 4 mempunyai nama yang bermula dengan huruf ‘M’.Belia diberikan jawatan tersebut oleh bapa Hisham, Hussein Onn, PM ke3 dan menepati ramalan huruf ‘H’ dalam kod itu. Bapa Najib,Abdul Razak ialah perdana menteri ke2 iaitu huruf ‘A’ . Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman, yang namanya bermula dalam ramalan RAHMAN, tidak mempunyai pewaris lelaki.Satu lagi kumpulan yang cuba memecah masuk ke lingkungan ini tapi ditolak ialah dari perdana menteri ke 5 Abdullah Badawi, yang cuba mengengahkan menantunya Khairy Jamaluddin tapi tidak berjaya.
Mod Penafian

Sejak bertahun –tahun, bila kritik membangkitkan isu kekurangan bakat dan kesan negatifnya kepada ekonomi, Umno mengabaikan isu ini kerana sedar kesilapan mereka mengamalkan polisi perkuaman yang menafikan kaum bukan Melayu dalam semua segi hingga memaksa ribuan rakyat berhijrah ke negara lain termasuk negara jiran, Singapura.
Bila penganalisa membangkitkan masalah yang sama dalam hierarki parti, Umno menolak cakap-cakap mengenai nya dan menganggap nya khabar angin yang dibawa oleh pesaing politik mereka. Tapi hari ini, dengan PRU 13 semakin hampir, dan ramalan RAHMAN sudah di hujungnya, Umno tiada pilihan selain menghadapi kenyataan yang kerapuhan kedudukan mereka menghadapai pilihanraya adalah akibat dari kurangnya pemimpin pelapis.
Untuk sebab apapun, Mahathir menimbulkan isu kelemahan ini minggu lepas, akhirnya mengakui Umno kurang Melayu bijak. Ini satu kelemahan serius kerana Najib dan isteri nya Rosmah tidak popular dikalangan rakyat. Malahan, bayangan bahawa pasangan ini akan memimpin negara ini untuk 5 tahun lagi jika Umno-BN menang PRU 13 amat menakutkan kepada sebilangan besar masyarakat.
Walau jelas sudah terlambat untuk menggantikan Najib sebagai presiden Umno, jika beliau gagal menang lebih jumlah kerusi berbanding Badawi, ini akan menutup peluang Najib. Najib mungkin akan berusaha gigih untuk dipilih semula di pemilihan parti yang dijangka dijalan kan tahun ini, belaiu masih akan tersingkir jika tewas di PRU 13.Mantan menteri kewangan,Daim Zainudin dan kuasa besar kedua dalam Umno selepas Mahathir, sudah memberi amaran Muhyiddin atau pencabar baru akan menggantikan Najib jika hal itu berlaku.
Pasangan sepupu yang tidak berkaliber dan TPM yang terhegeh-hegeh

Samada apa yang dikatakan Daim betul atau tidak belum dapat dipastikan, tapi pandangan sebahagian besar rakyat Malaysia
bahawa Muhyiddin tidak boleh dipertimbangkan sebagai ‘berbakat’. Pada usia 64 tahun, beliau tidak dapat memberi kan imej seorang pemimpin pada dirinya. Ramai berkata bekas menteri besar Johor ini Cuma layak menjadi orang kanan PM .
Jadi pelakun tambahan saja tapi bukan pelakun utama.Masalah utama beliau ialah kurang nya sokongan akar umbi, walaupun di negeri Johor sendiri.

Hisham dan Najib ialah sepupu. Ibu mereka adik beradik dan masing-masing isteri kepada PM kedua dan ketiga Malaysia.Kebetulan itu mungkin rekod negara atau dunia tapi sedihnya, anak sulung dua wanita hebat ini tidak dikurniakan bakat walaupun lahir dalam keluarga mewah.
Adakah andaian ini adil? Mudah untuk kita uji, tanya sahaja soalan-soalan berikut. Siapa lebih bijak-Najib atau Hisham? Siapa kurang malas-Najib atau Hisham? Siapa yang berfikir pantas dan asimilasikan idea dan konsep lebih cepat-Najib atau Hisham? Siapa yang lebih baik dalam memperkenalkan perubahan dalam Umno dan Malaysia-Najib atau Hisham?Siapa yang berani menentang Mahathir dan menyuruhnya diam-Najib atau Hisham?
Mereka bukan dari acuan yang sama tapi tidak banyak perbezaan dalam nilai2 dan kualiti . Seperti sepupunya,Hisham berada dimana beliau berada sekarang kerana bapanya. Hisham tidak boleh berdiri sendiri dan setakat ini tiada yang boleh dibanggakan telah dilakukan nya yang mempunyai impak positif dalam masyarakat walaupun beliau sudah berada dalam Kabinet lebih satu dekad. Hisham dikatakan tidak berkeupayaan semasa menjawat jawatan Menteri Pendidikan dan melancarkan satu program makmal komputer sekolah yang gagal. Bukan saja kurang dana untuk projek itu malahan kesan nya juga tidak ketara langsung.
Hisham juga ggaal meningkatkan taraf universiti2, dan dibawah jagaan nya, tiada kemajuan dalam sistem pendidikan. Bila beliau dijadikan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2009, pelajar2 dan lepasan universiti masih berada di takuk lama.
Apa yang perlu Umno buat kini, bagaimana dan siapa yang akan memimpin untuk kembali ke pangkal jalan

Dengan ketiakupayaan begitu,bagaimana Hisham boleh menyangka beliau akan ‘diberi’ jawatan PM hanya kereana ‘giliran’ nya selepas Najib? Bagaimana Najib boleh bertahan sebagai presiden Umno jika beliau gagal menghalang Pakatan Rakyat yang dipimpin pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim?.
Pada masa lepas, mentaliti feudal begitu kuat menguasai Umno, ahli2 hanya diam dan terima ada yang diputuskan oleh pemimpin elit. Sekarang, dengan kurangnya bakat dan kurang keupayaan Najib mentadbir, ramai bimbang parti akan hilang semuanya di PRU13.Tiada siapa jangka ahli2 Umno akan dengan mudahnya beratur menunggu giliran seperti sebelum ini.
Masalahnya,apa perlu Umno lakukan sekarang? Bagaimana hendk kembali ke jalan betul, bagimana tindakannya dan kemana arahnya? Orang yang boleh menjawab soalan2 dan siapa yang boleh meyakinkan majoriti ahli parti bahawa beliau ada penyelesaian ialah pemimpin yang dicari Umno.
Barisan bintang yang kurang gemerlapan
Anak lelaki Mahathir, Mukhriz lebih teruk dari Hisham. Walau dengan niat bapanya untuk ketengah kan beliau ke tahap pemimpin tertinggi,Mukhriz gagal meyakinkan ahli2 Umno, yang nampak beliau sama seperti rakyat Malaysia yang lain- anak bongsu yang bergantung pada pengaruh bapanya dalam Umno.
Walaupun bapanya masih hidup dan kadang2 menjadi tajuk akhbar, Mukhriz masih belum mampu naik atas nama nya sendiri. Jika satu hari nanti Mahathir telah tiada, tentu Mukhriz terus dilihat sebagai biasa. Ramai rakyat tidak tahu pun nama kementerian nya, masih anggap beliau sebagai anak bongsu Mahathir- yang muda lagi sudah botak daripada sebagai seorang menteri yang banyak sumbangan dan berkesan.

Dari sayap wanita dan Pemuda, kedua-dua ketua –Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaluddin- sudah dicemari dengan
musibah NFC RM250 juta .Pintu sudah tertutup untuk keduanya.

Timbalan Shahrizat,Kamilia Ibrahim -mungkin boleh mengambil alih jawatan Kabinet dan ketua Wanita,
tapi mungkin itu saja had bakat
Kamilia. Bolehkah Kamilia memimpin Umno keluar dari kesesatan, melihat betapa serius nya masalah ini?
Berani kah dia mencetus perubahan atau mengugut meninggalkan sayap utama jika Najib enggan
melaksanakan perubahan, sebagai contoh? Bagaimana beliau boleh terus memimpin jika demikian?

Mantan Ketua Wanita, Rafidah Aziz masih berharap untuk jawatan Senator dan jawatan kabinet
Shahrizat yang bakal di lepaskan pada 8 April ini. Rafidah sendiri mempunyai rekod rasuah,
beliau mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi Kuala Kangsar yang telah lama ditangannya- apa lagi untuk
mengilhamkan perubahan dalam Umno?

Bagi Tengku Razaleigh,MP Gua Musang dan mungkin seorang pemimpin Umno yang masih dihormati keranan pendirian teguh dan integriti nya, beliau mungkin tidak berupaya selagi Mahathir dan lain2 kuasa besar masih ada. Ku Li akan disabotaj sebaik saja mereka lihat beliau cuba kembali.Kenapa? Kerana Ku LI akan mendesak kepada perubahan dan beliau berani melakukannya.
Dan ini satu imej yang menyedihkan bila beliau,pada usia 72 tahun, seorang sahaja dalam Umno yang berani berbuat demikian.
Ku LI tidak boleh lakukan berseorangan dan beliau ada banyak musuh dalam Umno yang akan menghalangnya.

Yang lebih muda seperti Mustapha Mohamed ada niat baik tapi tidak seberani mana. Walaupun ada rekod bersih, Mustapha tidak dilihat sebagai ahli politik sebenar. Jika beliau menjawat jawatan presiden, mungkin hanya untuk panaskan kerusi dan akan dikawal oleh samada Mahathir atau Daim atau keduanya. Walau sudah lebih sedekad dalam kabinet, Mustapha masih seorang ahli akademik dan paling baik pun sebagai CEO sebuah syarikat, tak lebih dari itu.Belaiu buat kerja dan lakukan apa yang diamanahkan kepada beliau. Setakat itu sahaja.
Mustapha tidak kisah mengenai hal lain dan tiadapendapat berkenaan apa-apa isu yang penting kepada Malaysia. Untuk menguji andaian ini secara adil, tanya Tok Pa apa pendapatnya mengenai rasuah dan masa depan Malaysia. Jangn terkejut jika beliau menjawab-Rasuah apa? Pendekata, Tok Pa bukan lah pemimpin, tapi pengikut.

Menteri Penerangan, Rais Yatim dulunya mmepunyai reputasi yang baik. Doktor falsafah undang2 , beliau hilang keyakinan dari masyarakat , bukan kerana tuduhan rogol amahyang beliau nafikan.
Tapi kernan beliau meletakkan dirinya dibawah dalam pemerintahan Najib.Seperti Mustapha juga, jika ditanya komen
mengenai rasuha dalam pemerintahan Najib.Jawapan Rais mungkin-Rasuah apa?

Pendeknya, Rais akan dilanda ombak dalam Umno dan berdolak dalik dengan lebih hebat dari Najib. Seperti Ku Li, Rais tidak akan naik
selagi Mahathir ada. Pergeseran mereka yang membuatkan beliau meninggalkan Umno dan menubuhkan Semangat 46 dalam tahun
1980an sebelum kembali ke Umno beberapa tahun lepas itu.

Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang didapati bersalah oleh badan disiplin Umno kerana politik wang. Telah membuat beberapa
kesilapan mentadbir Melaka hinga beliau sorokkan semuanya.Oleh itu, beliau mungkin lebih selesa kekal di kerajaan negeri dari memberi cabran kepada pemimpin pusat. Walaupun tiada sejarah lampau, beliau Cuma bagus kerana hubungan ny a dalam Umno dan akar umbi.
Adakah beliau mempunyai misi memodankan Umno? Contohnya, pernahkan belaiu dengar aspirasi Gen Y, atau bolehkan orang yang bersalah
dalam ke politik wang berupaya meyakinkan perubahan mencegah rasuah dalam Umno dan Malaysia?

menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, yang dulu salah satu tokoh yang agakk menonjol dalam Umno dan juga penyokong kuat Anwar, seperti juga Muhyddin, yang antara yang terawal melawt Anwar selepas dipecat Mahathir. Kerana politik, keduanya sudah berpaling muka terhadap kawan sendiri. Jelas kenapa mereka berbuat demikian, kerana ada kisah silam yang boleh digunakan oleh Mahathir dan buatkan mereka menentang Anwar.

Akibatnya Zahid tidak dipercayai oleh ramai dalam Umno. Jika beliay boleh membelakangkan Anwar, bolehkan beliau setia pada yang lain?
Bolehkan beliau menjadi pemimpin? Jangan silap, Zahid bukan bodoh. Beliau tahu had beliau dan kenapa belaiu dituduh lebih berminat memastikan kegiatan mmebelibelah di Kementerian Pertahanan terus selesaikan semasa BN masih berkuasa. Seperti semua ahli parlimen yang lain, beliau juga mahu kaut kekayaan untuk dirinya dari parti.
Mohd Shafie Apdal seorang naib presiden yang hanya mempunyai sokongan dari Semporna,Sabah. Beliau lebih minat kepada jawatan Ketua Menteri Sabah yang lebih selesa dari kerajaan pusat walaupun Umno Sabah ada paling ramai ahli dalam Malaysia.
Saifuddin Abdullah ,timbalan Menteri Pendidikan, melakar nama sebagai seorang yang berfikiran adil.Tetapi beliau terlalu muda . samada beliau boleh memecahkan siling kaca Umno masih belum terjawab. Mungkin orang seperti Saifuddin ada peluang lebih dalam PRU13 dan meningkat. Kerana ketika proses pemulihan lah pemimpin muda dan berkesan dapat membuat impak.
Prasyarat Umno sediaada
Apa kriteria utama untuk ahli menjadi pemimpin yang menonjol dan baik? Melihat dari beberapa forum dalam blog2 pro Umno, kelihatan nya pra syarat nya mudah tapi lapuk, mengejutkan dan kejam/ Mungkin ini sebab Umno perlu mengkaji sebelum sembuh.
Teratas dalam senarai mesti au main kotor. Ya, politik kotor seperti Mahathir Mohamad dan Najib Razak ialah sebahagian budaya Umno. Taktik yang disukai ramai pemimpinnya, yang bermimpi untuk bermaharaja lela seluruh negra dan mengaut sebanyak nya perbendahraan negara ke poket sendiri.
Tidak perlu berinspirasi untuk bergerak sepanjang jalan naik ke jawatan tinggi. Bila telah menjadi ketua bahagian, pulangannya sudah banyak nampaknya.
Bagaimana mahu di pilih sebagai ketua bahagian
Mula-mula, dapatkan penyokong seramai mungkin untuk hadiri mesyuarat agung supaya boleh dapat lebih undi.Perlu aturkan supaya penyokong hadir untuk pastikan menang.
Then get the support of the branch chiefs who would in turn persuade their branch representatives to support you. Offer incentives to the branch chiefs and reps, such as trips to Medan or even the costly Umrah pilgrimage package. Support their projects, give cash incentives and always invite them for dinners at high-class hotels.
Kemudian, dapatkan sokongan ketua cawangan yang akan yakinkan wakil cawangan menyokong anda. Tawarkan insentif kepada ketua cawangan dan wakil, seperti lawatan ke Medan atau pakej Umrah.
Ingat, tak boleh buat semua sendiri, upah ‘Gurkha’ untuk melobi dan buat kerja-kerja lain.
Bagaimana nak dipilih sebagai Presiden?
Mula-mula, tonjolkan diri sendiri dan jatuhkan yang lain- fitnah, belot dan sabotaj ialah strategi yang digalakkan.
Kemudian, dapatkan sokongan seramai boleh pemimpin dengan janji akan sokong mereka bila giliran mereka pula untukbertanding.
Akhir sekali, pra syarat paling penting- anda perlu sangguo melabur wang tunai untuk rasuah Ketua Bahagian dan ketua cawangan, wakil2 dan sebagainya, terutaman yang tidak menyokong anda.Untuk ketua bahagian, harga semasa ialah RM10 juta.
Kesimpulan
So, given such a culture and such stiff financial requirements, how can there not be brain drain in Umno, how can there not be corruption in the party?
Melihat dari buday demikian dan jumlah wang yang begitu besar, bagaimana tidak berlaku nya kurang bakat dalam Umno, bagaimana hendak dikatakn tiada rasuh dalam parti?
As the saying goes, power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Against such a background, it would only be odd if the R.A.H.M.A.N prophecy did not come true.
Kuasa tercemar dan kuasa mutlak adalah lebih teruk tercemar. Dengan latarbelakang itu, pelik bagi ramalan RAHMAN tidak jadi kenyataan.
Malaysia Chronicle