Saturday, February 28, 2009

Dilarang guna Allah

Dilarang guna Allah
Oleh HAMDEN RAMLI
KOTA KINABALU 28 Feb. – Pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.
Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.
“Dalam perkara larangan penggunaan nama Allah itu, kita tidak akan mengatasi keputusan kerajaan yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama lain selain Islam dan kita juga tidak akan mendahului keputusan mahkamah.
“Saya mengaku berlaku kesilapan dalam pewartaan larangan penggunaan nama Allah itu dan kita akan mengambil tindakan untuk membetulkannya,” tegas beliau kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Syed Hamid berkata, kesilapan tersebut berlaku di peringkat ‘penggubalan maksud arahan’.
“Apa yang diberitahu pada saya dan apa yang akhirnya berlaku adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, berlaku kesilapan dan kesilapan itu membawa implikasi yang amat mendalam,” katanya.
Beliau menambah, keputusan kerajaan sangat jelas bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain daripada Islam.
Ditanya sama ada ruang untuk membetulkan pewartaan itu, Syed Hamid berkata: “Pewartaan itu dibuat oleh saya. Oleh itu saya akan membatalkan pewartaan tersebut”.
Mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, kementerian akan membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya menunggu keputusan mahkamah.
“Kita sudah membuat keputusan sebelum ini tetapi mereka cabar dengan membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum mahkamah buat keputusan, kita tidak akan membuat apa-apa keputusan,” katanya.
Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.
Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.
Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.
Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katholik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

Friday, February 27, 2009

Perasmian 'Balai Raya' & Gelangan Takraw

























28/2/2009 (Sabtu)
YB En. Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P 208 Sarikei telah merasmikan sebuah Dewan Balai Raya di Rumah Agan ak Luat, Batu 10 Mador, Jalan KJD, Bintangor pagi tadi. Dewan Balai Raya adalah dibina secara gotong royong oleh penduduk-penduduk Rumah Agan sendiri dengan kos RM30,000-00 sumbangan Kerajaan Barisan Nasional.
Turut dirasmi oleh YB En. Ding Kuong Hiing pada pagi itu adalah gelangan takraw dan badminton yang kosnya RM3,000.00 di taja oleh Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, En. Noim Najis juga hadir di Majlis perasmian tersebut.

JASA- Bicara Gemilang

( Penyerahan Cenderahati dari Tr. Ego kepada Penolong Pegawai Daerah Meradong Pn. Chumang ak Nyambong )


( Penceramah dari Jabatan Bomba & Penyelamat Meradong En. Harun Jenai )

( Penolong Pegawai Daerah Meradong Pn. Chumang ak Nyambong)


(Tetamu Kerhormat )


(Upacara Miring
)

( Perasmian Jalan tittian tebelian & Pondok oleh Wakil YB Ding Kuong Hiing -Cr. Lau Sie Hing dan Wakil Pegawai Daerah Meradong, Pn. Chumang ak Nyambong)


Jumaat 27/2/2009
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak N. 40 Meradong telah mengadakan satu aktiviti " Bicara Gemilang " bertempat di Rumah Panjang Tr. Benedick Ego ak Mangi, Sg. Kawi. Seramai 200 orang yang hadir ke majlis tersebut. Majlis Bicara Gemilang telah di rasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Meradong, Pn. Chumang ak Nyambong dan YB En. Ding Kuong Hing diwakili oleh Cr. Lau Sie Hing. Turut hadir juga adalah Pegawai Penerangan Meradong, En. Michael Sabek, Pegawai Menguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat , Meradong En. Harun Jenai selaku Penceramah, Wakil Polis, Sgt. Shafie, Wakil Pertanian En. Jingan Nyambong, Pemanca Benjamin Legak , Penghulu Cosmas Panggai, Kaunselor-kaunselor, Pegawai Penyelaras Parlimen Sarikei Cik Wong Zee Yeng , Pegawai JASA Repok Sarikei dan 15 Tuai-Tuai Rumah .
Sebelum upacara Bicara Gemilang bermula, satu upacara ringkas perasmian jalan tittian tebelian dan pondok telah diadakan. Kos jalan tittian tebelian dan pondok adalah RM60,000-00

Tuesday, February 24, 2009

By Election - Batang Ai


Pakatan faces acid test in Batang Ai
sumber-Malaysiakini
Batang Ai will be an acid test for Pakatan - the first by-election in Sarawak in the wake of March 2008 political tsunami. Can it keep its momentum?
Likely candidates for BN and Pakatan ?
Key election issues: NCR land, Dam

Setiausaha MDMJ - Turun Padang

( Setiuasaha MDMJ E. Adrian Luang di tapak cadangan Parit )


( Setiuasaha MDMJ En. Adrian Luang meninjau tapak dari Rumah Panjang)


(Tr. Keli ak Gatal ( baju warna orange) & sebelah kanan Setiausaha MDMJ )




( Setiausaha MDMJ berbincang dengan penduduk-penduduk Rumah Panjang)


24/2/2009
Majlis (MDMJ) Tempatan Juga Berjiwa Rakyat
Setiausaha , Majlis Daerah Maradong & Julau (MDMJ) En. Adrian Luang telah membuat lawatan ke Rumah Keli ak Gatal, Jalan Sungai Janting, Jalan Kelupu , Bintangor petang semalam. Kedatangan En. Adrian Luang di sambut oleh Tr. Keli ak Gatal dan penduduk-penduduknya dengan hati gembira . Semasa sesi dialog bersama penduduk-penduduk , En. Adrian Luang memberitahu bahawa Majlis Daerah Maradong & Julau telah memperuntukan sejumlah RM50,000.00 untuk membuat saluran parit dikawasan Rumah Keli ak Gatal dan tender akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Pada ahkhir ucapan dia minta semua penduduk-penduduk sentiasa menyokong kerajaan .

Monday, February 23, 2009

TAKZIAH


ADUN Batang Ai meninggal dunia
ADUN for Lubok Antu, Dublin Unting passed away at 1am this morning. He was a Vice President of PRS - aligned to Masing
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh.
Al-Fatihah

Sunday, February 22, 2009

SALCRA majukan Rakyat


KATA JABU " KALAU BOLEH SAYA HENDAK AJAK SEMUA PEMIMPIN PARTI PKR YANG PETAH BERCAKAP MENDAKWA SALCRA GAGAL MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT DAN MERAMPAS TANAH NCR AGAR HADIR PADA HARI INI UNTUK MENYAKSIKAN MAJLIS INI. MAJLIS YANG KITA ADAKAN HARI INI MEMBUKTIKAN BAHAWA TUDUHAN PARTI PEMBANGKANG SELAMA INI ADAHLAH TIDAK BENAR"

(sumber: Borneo Post)
Kerajaan menerusi Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) telah membayar sejumlah RM295 juta wang dividen kepada 16000 peserta daripada 18 estet seluruh Sarawak sejak ia beroperasi pada tahun 1986. Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, ini menunjukkan SALCRA telah berjaya meningkatkan taraf ekonomi pemilik tanah terbiar terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

Katanya, ia sekali gus menangkis dakwaan parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa SALCRA gagal meningkatkan taraf hidup rakyat serta merampas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik rakyat.

Jabu yang juga Menteri Pembangunnan Luar bandar berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah di Bahagian Betong dan Penyerahan Surat Hak Milik Tanah kepada peserta projek SALCRA di Dewan Serbaguna Ladang Kelapa Sawit SALCRA Roban Selatan, semalam.

Dalam majlis itu, Jabu yang juga Pengerusi SALCRA menyampaikan wang dividen sejumlah RM14.43 juta dari empat estet dalam kawasan wiliyah Saratok iaitu Roban Selatan, Roban Utara, Saratok dan Saribas untuk 2008.

Pada masa sama Jabu juga menyerah 1192 surat Hak Milik Tanah daripada 98 Rumah Panjang dan Kampung kepada peserta SALCRA di Wiliyah Sarawak.

Disamping itu, beliau turut diberi pengormatan menyampaikan wang pampasan berjumlah lebih RM731,000-00 kepada 112 pemilik tanah di kawasan itu.

Justeru, beliau menasihati para penduduk terutamanya yang tinggal di pendalaman agar menepis segala dakwaan berhubung projek penanaman kelapa sawit demi kebaikan diri mereka."Jangan termakan hasutan daripada pihak yang kurang bertanggungjawab sekiranya mereka meracuni fikiran anda supaya jangan menyertai SALCRA' ujarnya.

Majlis itu adalah anjuran bersama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong dan SALCRA Sarawak.

Aktiviti Bergambar- JASA

(Upacara Miring)

( YB En. Ding Kuong Hiing Ahli Parlimen P 208 Sarikei)

( Urusetia Majlis - Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sarikei )
Pada 22/2/2009, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak, Bahagian Sarikei telah mengadakan Majlis Muzakarah & Penjelasan Isu-isu semasa bertempat di Rh. Cherida ak Iguh. Lebih 500 peserta hadir ke majlis tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk David Teng Lung Chii, Menteri Muda Industri Makanan dan Kerajaan Tempatan dan YB En. Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P 208 Sarikei. Turut hadir juga En. Mohd. Junaidi B. Mohidin, Pegawai Daerah Meradong, Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Mohd. Haripi, Ketua Masyarakat Pemanca Benjamin Legak, Ketua-ketua Jabatan dan Tuai-Tuai Rumah.











Thursday, February 19, 2009

Ubat Traditional



Oooo..... Ubat...Oooo Ubat.......Belilah.......Ooo... Ubat.... itulah suara penjual ubat di kaki lima. Macam-macam ubat ada dijual, hendak jadi superman atau superwoman semua pun ada. Penjual Ubat tradional datang dari merata tempat dan negeri datang untuk mencari rezeki. Dengan bayaran RM2/- kepada Majlis tempatan mereka boleh membuat peniaga di sini.
Walunpun ubat tradional mudah didapati tetapi Hospital Kerajaan masih menjadi tumpuan pesakit-pesakit tempatan. Datanglah ke Hospital Kerajaan dan jangan terpedaya dengan penjual ubat di kaki lima.

Tuesday, February 17, 2009

mini feri

( Sebuah Mini Feri untuk menyerberangi Sungai Rejang)

( Berlagak seperti "mat rempit )
Anak Limau pun telah besar dan juga telah menghasilkan buah . Rakyat Limau dibaja dengan "JANJI" . Limau bertanya " bilakah janji di terima " . Ini lah rintihan bapa-bapa, ibu-ibu dan anak-anak yang berulang-alik mengunakan 'mini feri' ini. Penunggang motosikal terpaksa berlagak seperti ' mat rempit' membawa motosikal naik dan turun feri kecil ini. Wakil rakyat berkata " bersabar" kerajaan akan beri.

Monday, February 16, 2009

Subsidi Untuk Petani/Pesawah/Pekebun kecil

( En. Lingang (kiri) dan Tr. Rabong (kanan) menerima bantuan subsidi racun perosak )

( Pengurus Pertubuhan Peladang En. Wargo Ikau ( no. 2 kiri bebaju panjang ) bergambar bersama penerima bantuan subsidi seperti racun perosak dan baja)

Kerajaan Barisan Nasional Perihatin:

Jabatan Pertanian Daerah Meradong dan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong telah memberi bantuan percuma kepada petani, pesawah dan pekebun kecil dalam bentuk racun perosak serangga dan baja untuk mengurangkan membeban pekebun-pekebun. Selain dari memberi racun perosak serangga dan baja Jabatan Pertanian juga memberi benih-benih sayuran-sayuran untuk ditanam dikawasan rumah-rumah masing.

Mengikut En. Wargo Ikau, Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong bahawa tiap-tiap hari memang ada petani-petani datang ke Pejabat untuk mengambil bantuan kerajaan. En. Wargo Ikau juga mengalakkan semua penduduk-penduduk menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Meradong untuk menikmati bantuan subsidi kerajaan.










Limau Bintangor

( Ikon Bandar Bintangor " Buah Limau ")


( Buah Limau Bintangor )


Selamat Datang ke Pekan Bintangor dan belilah Limau Bintangor sebagai kenangan. Anda boleh membuat pilihan perasa masam pun ada dan perasa manis pun ada.
Dahulu Pekan Bintangor adalah terkenal dengan tanaman pokok limau Bintangor. Dalan tahun 1960+ harga satu Kati Limau adalah 10 sen/kati dan sekarang dijual RM2.00 hingga RM3.00 sekilo. Itulah perubahan dalam masa 45++ Tahun.
Pada tahun 1970+ Pekan Bintangor ada mempunyai sebuah kilang memproses dan mengeluar air minuman dalam botol yang berjanama " Green Mountain Orange " di Jalan Kilang, Bintangor " Ketika itu "Air Orange " di proses dengan 100% air buah-buahan Limau Bintangor dan dijual 30 sen sebotol. Sekarang kilang itu sudah bertukar menjadi Gudang Kayu dan Mini Sawmill.
Kaum Cina Foochow adalah penanam utuma pokok limau di Daerah Bintangor.
Keadaan sudah berubah dan hasil keluaran buah limau pun berkurangan maka Jabatan Pertanian Daerah Meradong telah berusaha memberi bantuan subsidi untuk menanam pokok limau Bintangor supaya Bintangor kekal menjadi pengeluar buah limau Bintangor.
Bila mengimbas kembali Pekan Bintangor bukan sekadar menanam buah limau tetapi ada mengeluarkan modal insan yang berkualiti seperti Jutawan Tan Sri Ting Pek Khing dan Datuk Ting Check Sii dan kedua-dua Ibu Bapa Tan Sri Ting dan Datuk Ting adalah penaman pokok limau Bintangor. Banyak juga anak-anak penaman pokok limau Bintangor juga menjadi Doktor, Jurutera, Peguam, Kakitangan Kerajaan dan usahawan berjaya sekarang.

Sunday, February 15, 2009

Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia










Bintangor, (14/2/2009)

Kerajaan Negeri Sarawak telah melancar sambutan Perayaan 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia pada 22 Julai 2008 dan juga telah menetapkan sambutan ini turut di raikan di semua daerah seluruh Sarawak. Tujuan utama perayaan ini adalah untuk merai dan mengimbas kembali pembangunan pesat yang telah dicapai semenjak merdeka dan menerangkan rancangan pembangunan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan di masa akan datang. Disamping itu fokus utama juga adalah mempereratkan lagi hubungan pelbagai kaum dan masyarakat di Daerah Meradong dalam mengorak langkah kearah pembangunnan bersama.
Oleh yang demikian berbagai program serta aktiviti telah dan akan diadakan bermula 31 Januari 2009 hingga 21 Februari 2009 antara lain terdiri dari perarakan tanglung, pemeran pembangunan, program sukan, sosial dan juga kebudayaan. Program ini dirancang bagi membolehkan seramai mungkin penyertaan dari Masyarakat di daerah Meradong bagi mempertingkan lagi semangat kekitaan di antara masyarakat tempatan.
Majlis 45 Tahun Sarawak Maju Dalam Malaysia di rasmikan oleh YB Dato Sri Mohd. Asfia Bin Hj. Awg. Nasar (Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak merangkap ADUN N. 36 Semop) dan juga turut hadir bersama di Majlis adalah YB Puan Hajah Norah Binti Tun Abd. Rahman (Ahli Parlimen P 206 Tanjung Manis), YB Encik Ding Kuong Hiing (Ahli Parlimen P 208 Sarikei), YB Encik Abuseman Bin Jahwie (ADUN Jemoreng), YBhg. Puan Felicia Tan ( Timbalan Resident Bahagaian Sarikei), En. Junaidi B. Mohd. Mohidin (Pegawai Daerah Meradong), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Masyarakat, Sekolah-sekolah dan Pertubuhan-pertubuhan.

Thursday, February 12, 2009

Karpal Singh Vs Sultan Azlan Shah



‘Tiada asas mulakan prosiding’

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak boleh memulakan prosiding di mahkamah sivil terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah kerana tindakan itu dihalang oleh peruntukan Perkara 181(2) Perlembagaan Persekutuan.

Malah, peguam veteran itu juga tidak mempunyai locus standi untuk berbuat demikian kerana beliau bukan rakyat negeri Perak dan tidak akan terjejas oleh sebarang keputusan Sultan Azlan Shah.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, dalam soal locus standi, pihak yang sepatutnya menyaman Sultan Azlan Shah ialah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan bukannya Karpal.

Katanya, jika Karpal menyaman Sultan Perak atas alasan sultan bertindak menggunakan prerogatif baginda, tidak ada mahkamah di Malaysia akan melayan saman itu kerana hanya mahkamah khas yang boleh mendengarnya.

Wednesday, February 11, 2009

myMetro: Tarif elektrik turun BERMULA 1 MAC

Tarif elektrik turun
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meminda tarif elektrik bagi pengguna bermula 1 Mac depan sejajar dengan keputusan kerajaan menurunkan harga gas untuk sektor tenaga.Kadar baru itu menyaksikan purata pengurangan tarif bagi pengguna industri ialah 5 peratus (dari 4.8 hingga 5.2 peratus); pengguna komersial pula mengalami purata penurunan 2.7 peratus (dari 2.6 hingga 2.7 peratus).Sementara kegunaan domestik atau rumah kediaman pula, purata pengurangannya ialah sebanyak 2.54 peratus bagi penggunaan sebulan yang lebih 200KWh (berkurang dari 3.0 hingga 4.7 peratus).

( Limaudong juga minta SESCO ikut langkah TNB turunkan tarif elektrik di Sarawak . )

Karpal enggan wakili Mohammad Nizar

Karpal enggan wakili Mohammad Nizar
PUTRAJAYA: Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.

(

Malaysiakini : Poll: 88% Disagree With The Sultan

Poll: 88% disagree with the Sultan
Feb 11, 09 5:26pm
From the various protests and huge outcry over what many have called an undemocratic ousting of a legitimate state government, it would be safe to assume that a majority of Malaysians are unhappy over what has been going on in Perak.
Only 9.8% support decision
40,000 respondents

( Limaudong: I don't believe that 88% MALAYSIAN disagree with the Sultan. Can the organiser tell us the break down of ethic groups of the 40000 respondents . )

Thursday, February 5, 2009

PENGAJARAN UNTUK PEMBANGKANG

( Sumber utusan Borneo)


Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Timbalan Speaker Dewan Rakyat)

He Say " Kita (BN) tidak hipokrit. Malah , dorongan dan idea yang dicetuskan pihak lawan ( pembangkang) telah memakan diri mereka sendiri. Bagaimanapun, kita bersikap terbuka menerima pembangkang jika mereka benar-benar mahu menyertai kita ".


(Limaudong said: Sepertimana kita tahu DSAI telah berusaha bermatian-matian agar wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional MELOMPAT parti dan menyertai Pakatan Rakyat tetapi tidak berjaya. Permainan 'RAMPAS' wakil rakyat oleh DSAI dan sekutunya untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan hanya ' building castle in the air ' DAN TAK MUNGKIN berlaku di Bumi Kenyalang. Tidak semudah itu PKR dapat merampas kerusi BN di Sarawak. )

Wednesday, February 4, 2009

BN claims Power ?

Perak gov't collapses - BN claims power
Feb 4, 09 12:12pm

LIVE REPORTS

5.50pm: Opposition Leader Anwar Ibrahim accuses BN of trying to form government in Perak 'by hook or by crook'.

"We are pushing for a dissolution of the state assembly and fresh elections in the state. We must go back to the people and get a fresh mandate," he tells AFP.

"BN is trying to form the state government by hook or by crook - more by crook."

5.35pm: Mohd Nizar leaves the palace after meeting Sultan Azlan Shah. He tells reporters that he has informed the sultan of his request to dissolve the state assembly.

"It is now up to Tuanku (his highness)," he adds with a smile. The meeting lasted almost two hours.

5.08pm: 'PERAK GOVERNMENT FALLS' Najib tells a press conference that Barisan Nasional has the support of the four former Pakatan Perak assemblypersons - three will be "BN-friendly" Independents, while Nasarudin will rejoin Umno.

Najib will meet the Perak sultan as soon as possible. He says it is up to the sultan to decide on Nizar's request for dissolution of the assembly.

"All three state representatives - Jamaluddin, Osman and Hee - have submitted resignation letters to their former parties and have informed the sultan of their resignation.

"They have also given BN the mandate to select a new menteri besar for Perak."

Nasarudin denies the claim that he has been abducted.

Najib adds that under Article 16(6) of the Perak constitution, if the menteri besar loses the confidence of the assembly members, he is required to resign, together with all the exco members under him.

However the final decision now hinges on the Sultan of Perak - if he accedes to a Pakatan request for dissolution or allows BN to form the new government.

Najib's press statement
Nasarudin's press statement

5.05pm: Mohd Nizar is still at Istana Kinta.

4.28pm: It is learnt that Bota representative Nasarudin Hashim is at the DPM's office, waiting to be introduced to the media by Najib.

With Nasarudin's reversal of his defection, BN and its independent allies now have 31 seats against Pakatan Rakyat's 28.

4.25pm Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu and Hee Yit Foong are present at the DPM's office. It is believed that Najib will announce their entry into BN at his press conference.

4pm: DPM Najib Abdul Razak is expected to begin his press conference in Putrajaya soon.

3.50pm: Perak Menteri Besar Mohd Nizar Jamaluddin enters Istana Kinta to meet with Sultan Azlan Shah.

(sumber Malaysiakini)


(Limaudong Said: Am I too early to say " Congratulation " to Barisan Nasional )

Monday, February 2, 2009

Call 1 800 888 666





Pernahkah anda menghubungi nombor 1 800 888 666 ?
Ya, ini adalah nombor dimana anda boleh membuat aduan tentang kerosakan Jalan Raya kita, ok.
Pada hari ini saya telah membuat satu pangillan jam 4.45 petang kepada nombor ini dan dijawab oleh suara yang manis dan lantang bercakap.
Cik/Puan ini ( saya terlupa bertanya siapakah nama Cik/Puan ni ).
Saya amat kagum dalam masa '3 ringing tone' dia sudah angkat talipon dan jawap dengan suara yang lemah dan lembut dia menjawab pangillan saya.
Hati yang yang marah mula reda ' cool down'.
Dia memberi salam dan memperkenalkan Jabatan mereka.
Dia tanya saya, Encik , apakah aduan Encik ?.
Saya menjawab dia bahawa Jalan Tulai/Paradom lebih kurang 300 meter dari simpang Lampu Isyarat ada banyak lubang dan memberbahaya kepada kenderaan dan orang ramai.
Selepas mendengar aduan saya , Cik/Puan pun ambil keterangan dari saya, seperti Nama & HP saya. ( Macam hendak berkenalan ini)
Cik/Puan ni berkata mereka akan membaiki jalan dalam masa terdekat dan akan 'call' saya apabila kerja-kerja membaiki ini dijalankan.

( Komen: Melaporkan kerosakan harta benda awam adalah tanggunggjawab kita bersama. Tujuan saya membuat pangillan adalah untuk memastikan Nombor itu benar-benar ujud dan aduan orang ramai diterima dan tindakan juga diambil.
Bagiamanpun saya akan tunggu 'call' dari Pegawai CMS bilakah mereka akan membaiki Jalan berlubang itu.
Untuk makluman , kain rentang yang berslogan 'Hati-Hati Jalan Berlubang" itu digantung oleh parti pembangkang.)

call 1 800 888 666