Saturday, January 26, 2013

Lagi isu kalimah Allah ................

'Larangan kalimah Allah bercanggah keputusan mahkamah, pekeliling PM'


Hafiz Yatim
3:34PM Jan 10 2013

Peguam Annou Xavier telah menulis surat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyatakan bahawa kenyataan MAIS berkaitan isu kalimah 'Allah' bercanggah dengan semangat perlembagaan persekutuan, yang menjamin kebebasan beragama, serta bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 dalam kes Jill Ireland yang membabitkan 'CD Allah'.

Annou (kiri), dalam surat tiga halaman kepada MAIS, menyatakan
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Jill Ireland Lawrence Bill - seorang Melanau beragama Kristian yang diwakilinya - hak sepenuhnya untuk terus memiliki, memperolehi dan menggunakan apa-apa penerbitan dan bahan-bahan yang mengandungi kalimah Allah dalam mengamalkan agama sendiri.

Perintah mahkamah itu pada 4 Mei 2009, tegas Annou, menyatakan bahawa: Pemohon diberi suatu deklarasi bahawa ianya harapan sah (legitimate expectation) untuk pemohon menggunakan dan/atau terus menggunakan istilah "Allah" serta mempunyai hak memilik, memperolehi, menggunakan dan mengimport bahan yang dicetak dan diterbit termasuk Penerbitan, walaupun bahan dan penerbitan tersebut mengandungi perkataan "Allah" bagi menjalankan kebebasan pengamalan ugama sendiri.

Annou turut menarik perhatian MAIS terhadap satu pekeliling, bertarikh 11 April 2011 dan disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri, yang menyatakan bahawa kerajaan telah bersetuju bahawa orang bukan Islam boleh mengimport, membeli, mencetak, menerbit, mengedar, membaca dan menggunakan bible dalam sebarang bahasa, termasuk Bahasa Malaysia.

"Tujuan kami membawa keperhatian MAIS terhadap perintah kes mahkamah tersebut serta pekeliling dari Jabatan Perdana Menteri adalah disebabkan baru-baru ini, MAIS telah menyuarakan dan menimbulkan isu penggunaan kaliman "Allah" secara satu hala dan gagal serta abai untuk mempertimbangkan keputusan mahkamah tersebut serta surat pekeliling dari Jabatan Perdana Menteri.

"Tindakan MAIS yang tidak sejajar dan bertentangan dengan perintah kes mahkamah tersebut seolah-olah memperlekehkan dan tidak menghormati keputusan mahkamah tersebut.

"Justeru, kami ingin membawa keperhatian MAIS bahawa setiap kumpulan agama di Malaysia berhak untuk menguruskan hal-ehwal agamanya tersendiri tanpa campurtangan oleh pihak-pihak lain. Ini adalah tertera di bawah Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, Annou berharap MAIS tidak akan mengungkit lagi isu penggunaan kalimah Allah.

Sebaliknya, kata beliau, MAIS hendaklah menghormati keputusan mahkamah tersebut serta hak kebebasan beragama setiap kaum di tanahair demi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Selain kes tersebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah membuat keputusan penting pada 31 Disember 2009, mengisytiharkan bahawa tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah batal dan tidak sah.

Bagaimanapun, kes itu kini di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan.

MAIS, dalam kenyataannya Selasa lalu, mengumumkan titah Sultan
Selangor bahawa kalimah Allah tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Pakatan Rakyat dan PAS Presiden Abdul Hadi Awang juga mengumumkan Selasa lalu kesepakatan pembangkang bahawa Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah', tetapi mengingatkan semua pihak bahawa penggunaannya tidak boleh disalahgunakan.
sumber:  http://cikgu-pencen.blogspot.com/2013

Friday, January 18, 2013

PAS Buat Islam Macam Bola Dalam Isu Kalimah




Anggota PAS kini dalam kebingungan kerana sikap ‘flip flop’ pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.
Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.
Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan PAS Kelantan tunduk menikus kepada tekanan DAP.
Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh DAP.
Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli PAS kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.
Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.
Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan ‘God’ atau ‘Lord’ di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.
Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.
Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.
Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.
Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana PAS dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.
Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.
Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!
Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.
Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada PAS kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?
PAS ‘flip flop’ dan Nik Aziz juga ‘flip flop’ bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.
Perubahan pendirian PAS yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.
Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.
Apabila peti undi PAS tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.
Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, PAS merelakan ALLAH dipermainkan.
Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.
Jadi Islam bagi PAS boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.
Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh PAS dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu di kalangan DAP dan PKR.
Sekiranya PAS boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan DAP.
Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin PAS juga boleh menikam belakang DAP dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?
- BERUANG BIRU
sumber:  http://peraktoday.com/?p=103372

Tuding Jari Pada BN Sudah Jadi Budaya Pembangkang

Tindakan pakatan pembangkang yang akan menyalahkan pihak lain khususnya Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas apa saja permasalahan dan kerumitan yang dihadapi oleh mereka telah menjadi satu budaya yang semakin menular dikalangan puak puak mereka.“Apabila mereka dapat menguasai beberapa negeri selepas PRU 2008, tabiat suka menuding jari pada pihak lain tidak dapat dibuang biarpun mereka sudah ada tanggungjawab yang besar dan perlu berdepan dengan kebenaran kerana ia telah menjadi satu budaya,” “Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya UMNO sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat.“Mereka tuduh kerajaan lakukan konspirasi kepada ketua pembangkang dalam isu membabitkan pendakwaan salah laku moralnya sedangkan ia adalah kesalahan peribadi yang didakwa oleh individu yang langsung tidak ada kaitan dengan BN ATAU UMNO.

sumber: http://siemens-melayumaju.blogspot.com