Friday, June 12, 2009

MP Sarawak Perlu Lebih Lantang Bersuara/MP Sarawak Nadai Entu Engkukuk















Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Ahli Parlimen (AP) Sarawak disaran supaya lebih lantang dalam menyuarakan pendapat berhubung sebarang isu berbangkit selain mengemukakan masalah rakyat di kawasan masing-masing ketika bersidang di Dewan Rakyat. Peranan anggota Parlimen bukan sekadar menghadiri persidangan untuk memenuhi kerusi Dewan tetapi turut serta dalam memberi pandangan untuk kepentingan rakyat. AP Sarawak dilihat kurang lantang dan agresif dalam persidangan berbanding AP dari Semenanjung Malaysia dan Sabah. AP perlu tahu semua masalah yang berlaku dalam Negara dan antarabangsa yang mungkin memberi kesan kepada negara, bukan hanya mengutarakan masalah di kawasan yang diwakili.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun memberi pujian dari aspek kehadiran AP Sarawak di Dewan Rakyat. ( sumber Utusan Borneo)

No comments: