Tuesday, July 13, 2010

Perasmian karnival jualan sempena Pesta Limau Bintangor 2010 BINTANGOR: Perasmian karnival jualan sempena Pesta Limau Bintangor 2010 akan berlangsung pada Ahad ini (18 Julai).

Menurut pihak penganjur, majlis perasmian karnival jua­lan itu akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, Dato Sri Willam Mawan Ikom.

Majlis berkenaan akan ber­langsung di pekarangan tebingan sungai, Jalan Dermaga, Bintan­gor bermula jam 9.30 pagi.

Tujuan karnival ini diad­akan adalah untuk memberi ruang kepada para pengusaha untuk mempamerkan hasil dan mempromosikan produk masing-masing selaras dengan hasrat pihak jawatankuasa un­tuk mempromosikan Bintangor agar menjadi sebuah pusat per­niagaan yang mampu bergerak aktif serta produktif menerusi kegiatan ekopelancongan.

Karnival jualan itu adalah terbuka kepada semua pihak yang berminat untuk meny­ertainya.

Bagi mana-mana agensi kerajaan, swasta, pertubuhan dan persatuan yang berminat untuk mengikuti karnival ini boleh mendapatkan maklu­mat lanjut daripada pegawai yang bertugas, iaitu dengan menghubungi Andrian Luang di talian 084-693295 atau 013-8082005.

SUMBER: www.theborneopost.com

No comments: