Monday, May 7, 2012

KE MANA HALA PAS SELEPAS SKANDAL SEKS JAMBAN DAN ANAK DERHAKA AZMIN ALI?


Sebagai salah seorang yang pernah bersama-sama mengheret tikar jerami dan mengatur dari sebuah masjid ke sebuah surau, penulis sebenarnya amat mudah tersentuh apabila membicarakan tentang PAS yang pada penulis masih lagi merupakan sebuah jamaah yang cuba dan bercita-cita untuk mewujudkan sebuah Negara Islam ideal.

Dari mula memperjuangkan Negara Islam, akhirnya PAS bertukar kepada Negara Kebajikan dengan alasan Islam itu adalah Kebajikan dan Kebajikan itu merupakan sebahagian dari Islam.

Ia seolah-olah mengatakan Islam dan agama lain juga adalah sama kerana semua agama mengajar kebaikan dan moral kepada penganutnya.

Pasca PRU12 menyaksikan bagaimana PAS yang sepatutnya memainkan dan berada dalam kedudukan yang berkuasa, bertukar menjadi pengikut PKR dan DAP yang sangat setia dan tidak pernah tahu bagaimana hendak membantah. PAS kehilangan arah walaupun dari semasa ke semasa, PAS dan kepimpinannya cuba menyatakan bahawa mereka hanya menguruskan persefahaman dan semangat Pakatan Rakyat.

Dalam banyak hal, PAS tidak langsung seperti yang dikatakan oleh pemimpinnya tetapi PAS dan ahli-ahlinya untuk ditunggang dalam semua acara yang dicetuskan oleh PKR dan DAP.

Perhatikan sahaja bagaimana PAS menguruskan kes Azmin Ali. Dalam hal ini, sepatutnya PAS dan mursyidulnya lebih elok menutup mulut dan tidak memberikan sebarang komen. Masalah yang melibatkan Azmin Ali sebenarnya adalah masalah keluarga dan peribadi serta tidak ada kena-mengena dengan parti dan perjuangan.

Sememangnya parti lawan akan menggunakan kesempatan itu untuk 'mengenakan' Azmin Ali, tetapi sebagai sebuah parti dan jamaah yang menjadikan Islam sebagai bahan berpolitik, sepatutnya mereka yang terlebih Islam dan mempamerkan yang perjuangan mereka memang Islam. PAS sepatutnya lebih baik dan bertindak sebagai 'orang tua Islam' yang memberikan pendapat yang menenangkan dan mendamaikan, bukannya sebagai syaitan yang menyibuk nak masuk campur semua benda asalkan ada keuntungan dan kawan masuk neraka.

Timbul pertanyaan, bagaimana PAS akan mengajar para pengikutnya tentang nilai-nilai sebenar hubungan anak dan ibu apabila membela Azmin Ali dan kelihatan seperti hendak menyalahkan Che Tom Yahya? Bagaimana PAS hendak memberitahu ahli-ahlinya tentang dosa besar ZINA apabila belum apa-apa lagi sudah membela Azmin Ali dengan dakyah dan doktrin menyalahkan UMNO?

Ke mana hala PAS sebenarnya? Adakah PAS akan terus menjadi budak-budak yang akan membacakan jampi alif, ba, ta kerana takut hantu? Atau PAS akan benar-benar menjadi pejuang sebuah kehidupan yang syumul?

Rasa-rasanya dalam keadaan sekarang, PAS akan terus hilang arah dan panduan serta tenggelam dalam angan-angan dan fantasi yang tidak berkesudahan....
sumber: http://theflyingkick.blogspot.com/

No comments: