Friday, February 5, 2010

BN diarah segera selesai masalah

Parti komponen BN diarah segera selesai masalah

06/02/2010 2:47pm

ALOR SETAR 6 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bermasalah supaya mengambil langkah segera menyelesaikan masalah parti mereka.

Katanya, BN tidak mahu masalah dalaman sesebuah parti komponennya membawa kesan negatif dan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN.

Beliau berkata, pemimpin parti terlibat harus menyelesaikan masalah mereka bagi memudahkan usaha BN mengembalikan keyakinan rakyat.

"Walaupun masalah dalaman parti-parti terlibat tidak menjejaskan urusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun jika masalah mereka selesai, lebih mudah untuk mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah di sini hari ini.

Dua buah parti komponen BN yang menghadapi krisis kepimpinan berpanjangan sejak tahun lepas ialah MCA dan Parti Progresif Penduduk (PPP). – Bernama


SUMBER: http://www.utusan.com.my

No comments: