Sunday, February 14, 2010

Sarawak - SCORE

13 Februari, 2010 16:55 PM

SCORE Dapat Manfaat Daripada Pertambahan Peruntukan Perbelanjaan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Sarawak akan mendapat manfaat hasil daripada pertambahan peruntukan kerajaan ke atas projek-projek infrastruktur tahun ini terutamanya untuk Koridor Tenaga Diperbaharuinya (SCORE).

MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya berkata yang pembangunan SCORE khususnya akan memerlukan infrastruktur asas seperti jalan raya, empangan, jambatan dan landasan untuk menyokong industri berat serta tenaga hidro yang baharu.

"Kami menjangkakan lebih banyak kerja-kerja pembinaan akan diberikan kepada syarikat pembinaan tempatan dan kontraktor yang berpangkalan di Sarawak seperti Hock Seng Lee Bhd dan Naim Holdings Bhd yang akan menjadi benefisiari utama daripada pertambahan perbelanjaan pembangunan kerajaan di Sarawak," katanya.

MIDF Amanah juga berkata selain daripada itu, aliran masuk pelaburan asing langsung (FDI) yang positif ke negeri itu juga akan memberikan kesan pelbagai dan impak positif jangka panjang ke atas syarikat milik negeri Sarawak, terutamanya yang terlibat dalam sektor pembangunan.

Sejak satu bulan yang lepas, Sarawak telah menerima jumlah aliran FDI yang besar dari China termasuk projek peleburan usaha sama bernilai AS$1 bilion di Taman Perindustrian Similajau.

-- BERNAMA

No comments: