Tuesday, August 17, 2010

50 sen setem Kad raya 50gm

Hanya 50 sen setem untuk kad raya 50g

17/08/2010 2:43pm

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Sempena sambutan Hari Raya, Pos Malaysia tahun ini hanya mengenakan bayaran setem 50 sen bagi kad ucapan yang tidak melebihi 50 gram, berbanding harga biasa 70 sen berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Ketua Sokongan Operasi PosMel, Zaidi Hussain berkata, kadar istimewa itu bagi semua destinasi di negara ini dan ia lebih rendah berbanding 80 sen pada tahun lepas.

Kadar itu berkuatkuasa sehingga 28 Februari tahun depan bagi meliputi perayaan utama di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, kadar setem yang rendah ini diharap dapat menghidupkan semula amalan menghantar kad ucapan yang semakin berkurangan berikutan perkembangan teknologi masa kini yang menggalakkan penggunaan internet dan SMS. - Bernama




No comments: