Wednesday, June 22, 2011

Taib jawab dakwaan rasuah

Taib jawab dakwaan rasuah

Posted on June 22, 2011, Wednesday

KM buat kenyataan rasmi hari ini yang bakal mengejutkan pembangkang

KUCHING: Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menjelaskan beliau akan membuat kenyataan rasmi pada hari ini (22 Jun) berkenaan dengan dakwaan rasuah yang dikaitkan de-ngan beliau.

Namun Taib yang ditemui pemberita semalam tidak mengulas lanjut bagaimana cara beliau menangani isu me-ngenai tindakan yang dibangkitkan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ya, saya akan membuat kenyataan rasmi esok (hari ini), pembangkang mengambil langkah yang salah. Apapun ada kejutan esok (hari ini),” katanya.

Beliau memberitahu demikian selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-17 yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Sallahuddin di sini, semalam.

Pada 9 Jun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed mengesahkan SPRM sedang menyiasat Taib berkenaan kes rasuah pembalakan.

Abu Kassim berkata demikian ketika mengulas me- ngenai pertanyaan sama ada SPRM akan mengendalikan tindakan yang sama seperti Swiss Anti-Corruption Agency, yang baru-baru ini membekukan aset Taib berhubung rasuah pembalakan.

Sementara itu pada satu sidang media yang diadakan baru-baru ini Speaker DUN Sarawak Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nassar menjelaskan pada per-sidangan DUN kali ini dua usul yang dikemukakan.

Kedua-dua usul berkenaan adalah dari ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri dan salah satu daripada usul berkenaan, mengenai siasat-an SPRM terhadap Pejabat Ketua Menteri.

(sumber: http://www.theborneopost.com/2011/06/22/taib-jawab-dakwaan-rasuah/)

No comments: