Bersih : ‘Risiko keselamatan’ sekiranya peti undi tidak dibenar kira awal
March 13, 2012
KUALA LUMPUR, 13 Mac — Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) harus memberikan jaminan keselamatan terhadap peti undi di
hari pengundian sekiranya ingin menghalang pengiraan awal undi, kata
Bersih 2.0.
SPR sebelum ini berkata Kecanggihan teknologi
Komunikasi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan media baru telah
menyebabkan berlakunya kebocoran awal maklumat keputusan pilihan raya
menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil keputusan untuk
menghentikan sebarang pengiraan undi lebih awal untuk pilihan raya akan
datang.
SPR
mendapati perkara itu berlaku ketika pilihan raya di Sarawak April
lalu, dan menjelaskan tindakan itu akan memberikan kesan terhadap pusat
pengundian kecil di Sabah dan Sarawak yang ditutup awal kerana jumlah
pengundi yang sedikit.
Timbalan Pengarah SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar
mengingatkan bahawa pemberitahuan awal terhadap keputusan pilihan raya
adalah “salah” di sisi undang-undang dan hanya pihaknya dibenarkan untuk
mengumumkan keputusan penuh pilihan raya.
“Saya faham tujuan menangguhkan proses pengiraan,
tapi saya tidak yakin keselamatan peti undi itu akan terjamin. Apa
cadangan mereka sebagai jaminan tersebut?” kata Pengerusi Bersih Datuk
Ambiga Sreenevasan (gambar) melalui khidmat pesanan ringkas kepad The Malaysian Insider.
“Sekiranya mereka tidak mengira peti undi tersebut,
mereka haeru menyimpan peti undi tersebut di tempat yang selamat,”
tambahnya.
Salah satu kaedah bagi memastikan keselamatan peti
undi tersebut adalah membenarkan wakil parti berada sepenuh masa di
lokasi pengundian, dan mereka harus kerap diberikan maklumat.
“Kami turut mencadangkan pusat pengundian untuk
anggota tentera dan pihak polis diletakkan jauh daripada kem dan kawasan
balai polis dan dibuat di lokasi awam. Ini juga memerlukan pengunaan
dakwat kekal. SPR harus menangani isu ini,” kata bekas Pengerusi Majlis
Peguam itu lagi.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kota
Kinabalu awal hari ini bahawa pengiraan awal kertas undi tidak akan
dibenarkan ketika pilihan raya umum depan.
Menurut laporan The Star Online, Abdul Aziz berkata
pihaknya telah mengesan terdapatnya individu yang menjadi agen kepada
calon membocorkan maklumat awal melalui SMS ataupun Twitter.
Wan Ahmad menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah
mengalami “beberapa pengalaman buruk” sewaktu pilihan raya di Sabah dan
Sarawak.
Tambahnya, sesetengah kawasan pengundian di
Malaysia Timur ditutup awal sekitar 1 petang dan SPR membenarkan
pengiraan boleh dimulakan pada jam 2 petang.
“Tetapi, satu atau dua pemimpin parti berhasrat
untuk bercakap kepada media ... malah mereka telah mengumumkan
kemenangan mereka, termasuk majoriti sekali.
“Matlamat mereka hanyalah untuk mengganggu moral
lawan, namun ini juga merupakan gangguan terhadap pengundi yang masih
lagi mengundi,” katanya.
Sehubungan itu, menurutnya, SPR hanya akan
membenarkan pengiraan undi dibuat pada jam 5 petang selepas semua proses
pembuangan undi di pusat pengundian tamat.
“Kami tidak mahu kesilapan ini berulang lagi. Kami
akan kembali kepada kaedah lama, iaitu pengiraan undi hanya selepas
selesai proses pengundian,” katanya.
Menurut Wan Ahmad, perubahan itu hanya melibatkan pindaan terhadap undang-undang SPR.
No comments:
Post a Comment