Wednesday, March 14, 2012

Pilih jadi gay


Ada negara-negara Barat yang membenarkan perkahwinan sesama jantina. - Gambar hiasan


TIDAK terdapat istilah yang boleh dirujuk untuk menggambarkan maksud perkataan gay. Perkataan terhampir ialah liwat dan perihal perlakuan hubungan sejenis menerusi dubur.
Bukan satu rahsia lagi, isu homoseksual hari ini semakin menjadi fenomena sosial di negara ini.
Gejala ini bertentangan dengan tata susila dan adat resam masyarakat Melayu dan yang lebih berat ia merupakan perbuatan keji, terkutuk dan dilaknat Islam.
Menurut Kaunselor Berdaftar, Hushim Salleh, gay berlaku disebabkan masalah didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil, pengaruh rakan sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina.
Menurut kajian, kurangnya kasih sayang seorang ibu atau ayah sejak kecil atau golongan itu tidak mendapat kasih sayang daripada seorang lelaki atau wanita yang mana apabila besar cenderung berubah menjadi gay atau lesbian.
(sumber: utusan.com.my)

No comments: