Monday, September 22, 2008

Akta Hubungan Kaum - Sarawak & Sabah

Salah seorang Menteri Kabinet Sarawak berkata bahawa negeri ini tidak perlu kepada sebarang undang-undang berhubungan kaum bahawa rakyat Malaysia yang berasal dari negeri-negeri di Semenajung mungkin berpendapat sama. Tetapi bagi mereka yang tahu mengenai Sarawak dan yang telah berkerja di Sarawak boleh memberi penilain yang jujur mengenai hubungan kaum di Sarawak . Kenyataan Menteri itu juga disokong oleh Ahli Parlimen kawasan Kapit.
Kita sokong cadangan Menteri Dalam Negeri untuk mewujudkan Akta Hubungan Kaum bertujuan bagi mengukuhkan hubungan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Sarawak yang mempunyai 33 kumpulan etnik yang telah tinggal bersama aman dan tiada ketegangan kaum berlaku di Bumi Kenyalang. Ini juga disokong dengan parti-parti politik yang tidak memainkan isu atau politik perkauman. Kita juga tidak pernah mengembar-gemburkan kepentingan kaum kita berbanding dengan kaum lain. Kedua-dua wakil rakyat juga sama berpendapat bahawa ini adalah soal sikap manusia.
Saya juga setuju dengan kenyataan YB Alexander supaya rakyat Malaysia di luar Sarawak dan Sabah agar belajar dari kedua-dua negeri ini cara untuk hidup secara harmoni di kalangan berbilang kaum dan agama.
Dengan ahkhir kata kita perlu " Sediakan payung sebelum Hujan ".

No comments: