Tuesday, September 16, 2008

Barisan Nasional Kekal Unggul - Parti Pakatan ?????

16/9/2008 sudah berlalu dan apakah strategi baru Parti PKR. DSAI hanya cakap kosong dan semua "impian" dia telah menjadi nasi bubur dengan selalu " cakap tidak serupa bikin".
Tetapi kami rakyat bumi kenyalang berkehendak negeri kami mempunyai pentabiran baik dan mahu pembangunan dijalankan dengan baik.
Kestabilan politik bumi kenyalang yang kuat dan kukuh inginkan pembangunan diteruskan serta memberi faedah kepada rakyat, khusunya di luar bandar.
Kerajaan BN Sarawak telah menguruskan negeri ini dengan baik dan sentiasa mentabir negeri ini dengan adil walaupun rakyatnya berbilang bangsa dan agama.
Impian Parti Pakatan hendak merampas Sarawak dari BN adalah sasaran mereka pada pilihan raya negeri Sarawak Ke 10 akan datang hanyalah impian Mat Jenin juga.
Rakyat diluar bandar tidak " menerima" Parti Pakatan buat seketika.
Sekali lagi Tahniah kepada PM Datuk Seri Ahmad Abdullah Badawi .
Tetapi Kerajaan BN hendaklah berhati-hati bahawa "Air tenang jangan di sangka tiada buaya ".

No comments: