Tuesday, September 23, 2008

Kurang RM20/- tidak perlu bayar

Wow, berita ini amat bagus bahawa isi rumah di Sarawak yang menerima bil lektrik SESCO dengan kadar RM20/- ke bawah tak perlu membuat sebarang bayaran mulai bulan depan hingga akhir tahun.
Terima kasih kepada Menteri Perancangan & Pengurusan Sumber II Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan yang berkata itu adalah sejajar dengan langkah kerajaan pusat yang tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap isi rumah yang menerima bil elektrik RM20/- ke bawah seperti yang di umumkan semasa Bajet 2009.
Kita tahu Kerajaan Negeri Sarawak amat perihatin walaupun ada pihak meminta kadarnya di naikan.
Maklumbalas pengguna memanglah kadar RM20/- itu tidak mencukupi sekira isi keluarga itu mempunyai kipas angin, peti sejuk, TV dan periuk lektrik.
Kita berharap YB yang akan bersidang Parlimen bulan Oktober nanti syorkan naikan kadar RM20/- ke amuan yang munasabah.
Kita faham kerajaan pusat akan menanggung perbelajaan tambahan sebanyak RM170 juta untuk meringankan beban rakyat sebab krisis kenaikan harga minyak secara global.
Dengan itu kita sama-sama mengambil langkah-langkah berjimat cermat penggunaan lektrik di rumah dan sentiasa menyokong pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional.

No comments: