Monday, April 20, 2009

DAP SOKONG KEKALKAN

DAP tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti

20/04/2009 3:48pm

KOTA KINABALU 20 April — Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dikekalkan sebagai pemimpin negeri.

Beliau berkata ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah.

“Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti.

“Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun.

“Ekonomi kebanyakan rakyat miskin juga semakin baik,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini. Bagaimanapun, beliau juga berharap kerajaan negeri tidak putus membawa pembangunan kepada rakyat kerana masih terdapat golongan yang masih menunggu pembelaan.

“Saya berharap Datuk Seri Musa dan anggota kabinetnya bekerja lebih keras dan lebih tekun lagi kerana banyak lagi projek pembangunan yang perlu dilaksanakan,” tambahnya. — Bernama


(Limaudong said: Sabah DAP YB Jimmy Wong sokong Ketua Menteri Sabah DIKEKALKAN

PESANAN KEPADA DAP SARAWAK ADAKAH ANDA MENYOKONG KEPMIMPINAN YAB PEHIN SRI HJ. ABDUL TAIB MAHMUD. KETUA MENTERI SARAWAK ?.

Kepada pembangkang anda patut bersyukur sebab Sarawak telah maju sejak 45 Tahun Dalam Malaysia. Tak patut anda bergelaran pembangkang (DAP) tidak memberi sedikit Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan jangan hanya cakap-cakap-cakap-cakap O O O Oooooo SEBAB ANDA ADALAH RAKYAT SARAWAK DALAM MALAYSIA .)

No comments: