Tuesday, July 28, 2009

Hadi perlu pergi Sarawak


Hadi perlu pergi Sarawak agar

tidak anggap Iban

masih tidak bertamadun
Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu datang ke Sarawak agar beliau tidak lagi beranggapan kaum Iban di negeri ini masih tidak bertamadun seperti yang digambarkannya.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang terkilan dengan kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini berkata kaum-kaum peribumi di Sarawak terutama Iban, tidak ketinggalan dalam arus pembangunan hinggakan mereka masih memakai cawat.

Kenyataan Hadi menurut beliau tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin yang boleh dikatakan paling berpengalaman.

“Kita sangat sedih dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan kerana situasi di sini adalah jauh berbeza daripada apa yang dia (Hadi) katakan.

“Malah dari segi pembangunan juga kita kini sudah jauh membangun jika dibandingkan dengan dahulu,” katanya berucap dalam majlis penutupan sukaneka anjuran Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sejingkat di Kampung Sejingkat di sini, semalam.

Wan Junaidi menegaskan dakwaan sedemikian seolah-olah menghina masyarakat di negeri ini dan beliau mencabar agar Abdul Hadi datang sendiri ke negeri ini bagi melihat perubahan dan situasi sebenar yang ada di Sarawak.

“Kita mencabar beliau datang ke negeri ini untuk melihat sendiri pembangunan dan perubahan yang dilakukan kerajaan di negeri Sarawak,” tegas beliau.

(sumber borneo post)

No comments: