Konstabel polis mengaku tidak bersalah
01/10/2009 11:12am
PETALING JAYA 1 Okt. - Seorang konstabel polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menyebabkan cedera parah terhadap A. Kugan yang meninggal dunia dalam lokap polis pada Januari lalu.
V. Navindran, 28 yang bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan iaitu menyebabkan cedera terhadap Kugan dalam usaha mendapatkan pengakuan salah mangsa serta maklumat tentang sesuatu kesalahan di bilik soalsiasat Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada pukul 7 pagi dan 4 petang 16 Januari lalu.
Mahkamah membenarkan Navindran dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes itu akan disebut semula pada 5 November ini. - Utusan
( sumber 'UtusanOnline'; )
No comments:
Post a Comment