Ketua  Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan  kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani  defisit belanjawan yang semakin bertambah.
Peningkatan defisit  itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar  lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan  dalam tempoh tiga bulan akan datang. "Jelas  ia merupakan helah pilihan raya," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu  lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet  dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan  Rakyat.
"Jelas  ia merupakan helah pilihan raya," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu  lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet  dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan  Rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan  pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa  defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun  hadapan.
Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan  kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan  RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.
“Tiada langkah efektif untuk  menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar  lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.
"Cara  mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang  defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.
Jumlah  pelaburan luar negeri Malaysia mencatat kadar paling kukuh di rantau  Asia dengan RM21.2 bilion direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama  tahun ini.
“Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan  luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu  tidak diiktiraf," kata Anwar.
Pakatan sebelum ini mengumumkan bajet berjumlah RM220 bilion untuk mengurangkan defisit ke kadar 4.4 peratus.
"Ini  bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan  bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani,"  kata Anwar.
Anwar juga berkata pengumuman Najib untuk menaikkan  gaji dan elaun ahli parlimen juga tidak disokong oleh ahli dewan  pembangkang.
Jelasnya kerajaan tidak sepatutnya memilih waktu rakyat mengalami kesusahan untuk menaikkan gaji dan elaun tersebut.
Bagaimanapun,  beliau tidak menolak bahawa pengumuman oleh perdana menteri hari ini  akan menggembirakan rakyat, namun ianya perlu dilaksanakan dengan  bertanggungjawab, kata Anwar.
PENAFIAN Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.
Friday, October 7, 2011
Bajet 2012 tak realistik, kata Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
No comments:
Post a Comment