

 Dalam  jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Menteri Dalam  Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pertubuhan itu masih  kekal pertubuhan haram menurut Akta Pertubuhan 1966.
Dalam  jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Menteri Dalam  Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pertubuhan itu masih  kekal pertubuhan haram menurut Akta Pertubuhan 1966.Ini berikutan BERSIH 2.0 didakwa "bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum".
Menurut menteri itu, aktiviti itu cuba dilakukan melalui:
- menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan denagn mengedarkan risalah tertentu; dan
- aktiviti-aktivitinya yang memberi kesan negatif kepada imej negara, bahkan boleh mengancam, menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
"Sehingga kini, BERSIH masih lagi kekal sebagai pertubuhan haram," kata Hishammuddin lagi. Beliau  juga menambah, status BERSIH 2.0 tidak berubah dengan pembentukan  Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan sistem  pilihan raya.
Beliau  juga menambah, status BERSIH 2.0 tidak berubah dengan pembentukan  Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan sistem  pilihan raya.
Fong dalam soalan bertulisnya meminta  menteri dalam negeri menyatakan asas pengisytiharan haram itu sedangkan  jawatankuasa pilihan kas bagi mengkaji sistem pilihan raya ditubuhkan.
Jawatankuasa  yang ditubuhkan semalam membabitkan sembilan ahli parlimen yang terdiri  daripada lima daripada BN, tiga dari Pakatan Rakyat dan seorang wakil  Bebas.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh  Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dan  ahlinya terdiri daripada Datuk Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Mohd  Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Fong Chan Onn dan P Kamalanathan.
Pakatan Rakyat pula semalam mengumumkan pihaknya akan diwakili oleh Azmin Ali, Dr Hatta Ramli dan Antony Loke.
Manakala Bebas diwakili oleh ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

 
No comments:
Post a Comment