|  KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pengguna Unifi dan Streamyx akan dikenakan cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak 6 peratus mulai 1 Januari 2012 nanti. 
 Hal  ini disahkan sendiri oleh operator TM net yang ditugaskan untuk melayan  pertanyaan pelanggan-pelanggan mereka, lapor blog really.tigaline.com.
 
 Blog itu telah menyiarkan rakaman perbualan dengan operator TM bagi membukti perkara itu.
 
 Ini  bermakna, hanya cukai prabayar sahaja yang ditangguhkan oleh kerajaan  ekoran bantahan yang dibuat oleh rakyat Malaysia baru-baru ini.
 (Klik untuk dengar rakaman perbualan dengan operator TM Net) 12 September lalu, media melaporkan, cadangan pelaksanaan cukai  perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian  telefon prabayar yang dijadualkan mulai 15 September ditangguhkan  sehingga kajian mengenainya selesai. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais  Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya  mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di  negara ini.
 "Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom,  Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan  kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak  dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
 
 "Mereka menerima  baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang  dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada  pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat  telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.
 
 Antara  yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip  Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad  Heerjee.
 
 
 | 
  
No comments:
Post a Comment