Subsidi Kerajaan bakal Dihapuskan - Tuan Ibrahim.
10 Oct 2011 1:17PM
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Subsidi yang merupakan antara keperluan rakyat Malaysia pada masa kini bakal dihapuskan setelah BN kekal berkuasa selepas PRU13.
Ketua  Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, pembentangan  Bajet 2012 oleh Perdana Menteri kelmarin hanya sekadare melalaikan  rakyat agar terus mengundi BN pada Pilihanraya Umum akan datang.
“Apa  yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU-13 jika mereka terus  berkuasa selepas PRU-13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk  di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk  mengundi mereka keluar,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau  turut mensasarkan Kerajaan BN selepas PRU 13 bakal memperkenalkan  sistem percukaian baru yang seterusnya menghapuskan serta merta subsidi  yang dinikmati rakyat.
Tuan Ibrahim cuba  memperkukuhkan pandangannya dengan mempersoalkan tindakan Kerajaan  menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana dengan  membentangkan bajet defisit 4.7 peratus bagi tahun depan.
“Yang  pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian  kemungkinan besar beban 6 peratus cukai telefon pra-bayar akan ditolak  ke bahu rakyat selepas PRU-13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik  balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU-13,” katanya.
Tuan  Ibrahim berkata ‘bajet morfin’ BN itu bersifat kesenangan sementara,  manakala kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas  kesan morphine hilang.

( sumber: http://www.klpos.com/news/2011/10/10/3.html )
 
No comments:
Post a Comment