Akhir Anwar Berjaya Perangkap Pas Meninggalkan Islam???...
Thursday, 14 June 2012
Akhirnya Anwar
berjaya memerangkap dan memperdaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS
meninggalkan perjuangan melaksanakan hukum Islam dan mendirikan negara
Islam tetapi menjadikan PAS satu parti sekular yang memperjuangkan
agenda Pakatan sekular PR.
PAS yang suatu
ketika dulu berjuang dengan tulus ikhlas untuk mendirikan Negara Islam
yang Perlembagaan dan undang-undangnya berlandaskan Al Quran dan Sunnah
Rasul, kini telah diperangkap dan diperdaya oleh Anwar supaya
meninggalkan perjuangan Islam dan bersama-sama dengan DAP dan PKR
mengisytiharkan bahawa HUDUD bukan lagi agenda PAS/DAP/PKR (pakatan
Sekular PR), dan PAS tidak lagi memperjuangkan perlembagaan dan
undang-undang yang berlandaskan Islam, tetapi bersetuju dan berjanji
dengan DAP dan PKR untuk sama-sama mempertahankan perlembagaan negara
sedia ada yang dulu PAS kata perlembagaan kafir Lord Reid, tinggalan
penjajah, tanpa ada apa-apa komitmen atau persetujuan untuk memindanya
kemudian bagi membolehkan hudud dan undang-undang jenayah Islam
dilaksanakan.
Mengapakah PAS masih nak menipu Umat Islam tentang perlaksanaan hukum Islamn atau,
Adakah
pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya terlalu lemah untuk menyedari
semua ini atau pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS memang gila
kuasa???...
Anda mungkin juga meminati:
http://kulaanniring.blogspot.com
No comments:
Post a Comment