Monday, June 11, 2012

Pengerusi PKR Sabah CUBA MALUKAN SAYA - Anwar Ibrahim

| Tuesday, June 12, 2012



Anwar Ibrahim sudah tidak tahu mana lagi untuk disorokkan mukanya. Maruah sebagai pemimpin tertinggi PKR dan Ketua Pembangkang sudah tercemar akibat mainan politik kurang matang Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini.

Politik 'lompat parti' ciptaan Anwar Ibrahim mula makan diri, sedikit demi sedikit ...

Barangkali kurang melakukan 'homework' dengan cermat, Ahmad Thamrin Jaini begitu cepat mengumumkan dua ahli parlimen BN dari Sabah akan menyertai PKR.

Dua nama besar Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin disebut-sebut akan menyertai pakatan pembangkang.

Nyata Pengerusi PKR Sabah ini masih lagi belum belajar mengenali politik Sabah. Orang Sabah yang tidak memahami sejarah politik Sabah.

GWM difahamkan Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk ke Sabah untuk membuat pengumuman terhebat, penyertaan Datuk Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin. Hajat Anwar Ibrahim tidak kesampaian.



Namun begitu ada satu persoalan menarik bermain di benak fikiran GWM ...

Sampai bila BN / UMNO masih lagi mahu menanggung 'biawak-biawak hidup', pemimpin yang terlalu banyak dengan permainan tarik tali 'yuran perpindahan'.

Macam pemain bolasepak professional, ada 'yuran perpindahan' namun berbeza dengan 'yuran perpindahan' pemain politik professional.

Siapa mampu membayar yuran yang tinggi, maka disitulah tempat baru yang akan diduduki.

Sudah sampai masanya BN / UMNO melepaskan pemain politik professional yang suka meletakkan 'yuran perpindahan' sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.

GWM khuatir rakyat akan mula meluat dan muak dengan sikap 'pelacuran tahap tinggi' ini. Takut ianya akan merobek maruah BN /UMNO dimata rakyat.

Cukup-cukuplah menabur wang kepada 'political animal' ini ...


No comments: