X'KLUSIF !! TANGKAP "TEAM SUARAM" !! MEREKA PEMBOHONG BESAR !
Isu
Kapal Selam Scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a Pakatan Haram
telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis
pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa
syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah
EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan
kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang
kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya. Menurut kenyataan
Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong,
“SUARAM
percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan
Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500
million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”
Secara
tidak langsung,namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan
atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.
SUARAM
juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan
bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Malah,
SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka
menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM
mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 -
pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh
sesuatu pihak untuk menipu.
Tidak
dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang
kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada
rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke
Perancis. Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar
mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali
wang mereka. Ini kerana sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes
Kapal Selam Scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah
Perancis.
Mengikut
undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat
atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal
saksi,orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta
dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal
selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan
yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN
dengan parti politik Perancis.
Hakikatnya,
Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan
kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk
Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli
atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop
siasatan ini.
Justeru,
apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret
ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah
bohong sama sekali. Isu pembelian Scorpene oleh Malaysia tidak pernah
dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM
mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata. Seharusnya, isu
rasuah Scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan
penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di
parlimen.
Selain
itu,Datuk Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan
tidak mengenali Altantuya dan Alibinya serta Datin Seri Rosmah pada
waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah,penyebar fitnah tersebut,
iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan
bahawa dia hanya mereka-reka cerita.
Namun,
SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah
begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata
demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan,
mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan
selesai. Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh
duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun.
Tujuan
SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang
merupakan satu entiti yang sama.Memandangkan jangkahayat pembangkang
hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat
tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam
isu Scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap
akan percaya apa saja sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.
Dengan pilihanraya semakin hampir, Scorpene adalah satu-satunya isu yang
mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui
kepimpinan Datuk Seri Najib.
Sebarkan!
sumber: http://azmykelanajaya.blogspot.com
No comments:
Post a Comment